Kata-Kata Kecinta
Wanita Idaman Lelaki
KeibuanBanyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
Prihatin dan menghargaiWanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga penampilanWanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.
Bijak berbicaraWanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
SolehahLelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.
0 comments:
Post a Comment