Cinta bukanlah daripada kata-kata yang biasa tetapi pengertian yang indah dan segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan...
CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Menjadilah diri sendiri yang sebenar dan sentiasa mengingatkan keikhlasan dalam diri.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Dan bila ia berada dihadapan kita, kita selalu mensia-siakan dirinya dan itulah kelemahan kita dalam pemahaman erti cinta (kata kawan ku, mus)
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi dari kita. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati untuk berkembang menjadi cinta yang penuh dengan erti. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri, "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan. Dan perhubungan kemungkinan tidak lama, tapi cubalah untuk memahami dan mengubah sikat terburu-buru ini.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia. Berikan dia ruangan, masa dan semangat dan percaya.Anda seharusnya tanya pada diri sendiri 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan "date night" sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?. Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timbah
Anda tidak pernah merakam bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah Batu! berlaku syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
Kata-Kata Kecinta
Blog Archive
-
▼
2009
(118)
-
▼
June
(35)
- Pujuklah Walaupun Terpaksa
- 50 Langkah Memikat Lelaki
- 30 perkara yang perempuan tak sempat beritahu lelaki
- Mengenal Lelaki Baik
- 12 Langkah Membukti Anda Dilamun Cinta
- 8C yang dibenci lelaki
- Dari Hampa Kepada Cinta
- 8 Sebab Cinta Itu Penting
- Nukilan Cinta
- 8 Tanda Jodoh Anda (Soulmate)
- Cinta sejati langit dan laut / sea and sky!
- Jodoh tiada kaitan dengan keturunan
- Ungkapan Cinta
- 10 Rahsia wanita
- Apa yang lelaki inginkan?
- 10 Petanda Bom Jangka Dalam Perhubungan
- 3 Perkara kita terus bertahan
- Saat² Indah
- Seseorang yang mencintai kamu...
- Itulah Cinta..
- Yang sangat...
- Kerinduan Cintaku
- Air Mata Wanita
- Woman are complex
- Hati Seorang Wanita
- Misteri Dan Hebatnya Makna Cantik
- Wanita Idaman Lelaki
- I Love You
- Ciri Wanita Disukai Lelaki
- Info : Orang Yang Mencintaimu
- Gambar
- Warkah Cinta
- Pokok Semalu VS Wanita Modern
- 10 Tips Bercinta
- Antara Cinta, Kekayaan, Kegembiraan, Kesedihan, Da...
-
▼
June
(35)
6/20/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klien Kecinta
Total Pageviews
Muat-turun Artikel
kecinta.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment