Kata-Kata Kecinta
10 Petanda Bom Jangka Dalam Perhubungan
Cinta tidak selalunya indah dan manis. Walaupun tenang di permukaan tidak bermakna di dasarnya tidak berpusar. Ada beberapa isyarat dan amaran awal yang boleh membantu kamu mengesan ancaman bom jangka akan meletup
1. Si dia sering mengawal pergerakan mu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti luarnya.
2. Kamu dan si dia sering bertikam lidah walaupun untuk perkara remeh-temeh.
3. Kamu semakin jemu bersamanya sedangkan dahulu dialah pujaan hatimu.
4. Si dia mula berkira tentang wangnya yang dibelanjakan atas dirimu, malah mengawal perbelanjaan mu.
5. Kamu dan si dia sudah mula berahsia tentang semua perkara.
6. Kamu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana si dia memantau segala gerak-geri kamu.
7. Si dia sering ambil mudah setiap perkara dan jarang mempedulikan perasaan mu.
8. Si dia mula berubah sikap dan tidak memanjakan kamu lagi.
9. Si dia mula menyuruh kamu mengutamakannya dalam semua perkara sehingga mengabaikan keluarga dan teman-temanmu.
10. Kamu sudah mula mengalih pandang dan bercadang mencari kekasih lain.
0 comments:
Post a Comment