Kata-Kata Kecinta

********************************************
"Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi Kehidupan Hati dan Perasaan. Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati dengan sayap-sayap asmarah nya. cinta akan selalu ada di hati dan hati akan selalu di isi dengan cinta" ********************************************
"Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniannya." ********************************************
"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat." ********************************************
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya" ********************************************
"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang. ibaratkan seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari." ********************************************
"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekrang, Dan bukan siapa dia sebelumnya" ********************************************
"Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tidak seorang pun pandai menilai cinta. kerana cinta bukanlah suatu objek yang biasa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan." ********************************************
"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya." ********************************************
"Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.." ********************************************
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah. ********************************************
Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu. ********************************************
Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu. ********************************************
Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah. ********************************************
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu. ********************************************
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya. ********************************************
Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya. ********************************************
Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas. ********************************************
Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya. ********************************************
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya. ********************************************
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. ********************************************
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda. ********************************************
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya. ********************************************
Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata. ********************************************
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. ********************************************
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya. ********************************************
Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam. ********************************************
Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya. ********************************************
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang ******************************************** "Salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku mencintaimu…” ~ Benji (Mencintaimu)

“Benarkah..bila kita jatuh cinta kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?..” ~ Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya

“Laksana jentayu menanti hujan, hanya terdaya bernafas dengan kehadiranmu..” ~ Kau Laksana Bulan - Aina Emir

“Letakkan cintaku dalam hatimu..hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah..” ~ Hati Yang Luka - Norhayati Berahim.

“Bila takdir mengatasi tadbir, kita akan bertemu” ~ Badai Semalam, Khadijah Hashim

“Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar..” ~ Kasih Seharum Lavender- Eita Ashyta

“Tak usah diucap, tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu ” ~ Adam & Hawa - Aisya Sofea

“Bila kamu sukakan seseorang, kamu sukakannya tanpa sebarang kekurangan. Bila kamu menyintai seseorang, kamu menyintainya dengan kekurangan.” ~ Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris

” Persahabatan dan Percintaan ibarat dua batang sungai yang bersatu di muara” ~ Percayalah - Ruby Hazri

” Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa ” ~ Tiada Noktah Cinta

“Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya ” ~ Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim

“Andai cinta itu bukan milik kita….aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku….jangan biarkan aku ditinggal sepi” ~ Tanpamu disisi - Puteri Andalas

“Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi nilai itu lebih berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan” ~ Rindu Saliha - Anita Abdullah

“Ku cari…Cinta yang tak pernah melukai…Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati..” ~ Dan Mimpi Pun Bersatu - Izza Aripin

“Apabila kesusahan dan kemiskinan mengetuk pintu…. cinta lari melalui tingkap” ~ Manisnya Cinta - Ani Ayuni

“Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai” ~ Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

“Cinta adalah semangat buta.” ~ Karamnya Kapal Var Deck.

“Usah sangka kereta paling mahal tidak memberikan masalah, ada kala ia meragam juga. Usah sangka orang yang seba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakala ia lebih mengerti” ~ Atas Nama Cinta - Lily Suriani

“Jangan kerana guruh bergempita, air ditempayang kau keringkan…
Jangan kerana pelangi yang indah, lampu dikamar kau matikan..
Jangan kerana kerlipan kaca, zamrud ditangan kau lemparkan…
Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan….” ~ Boneka - Abdul Rahim Awang

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.


6/28/09

Dari Hampa Kepada Cinta



SIAPA yang tidak tahu apa pun, tidak mencintai apa pun. Siapa yang tidak melakukan apa pun, tidak memahami apa pun. Barangsiapa tidak memahami apa pun, tidak memiliki erti.

Sebagai makhluk, manusia memerlukan berbagai macam reaksi. Entah antara dirinya dengan manusia lain, dengan lingkungan, dunia luas, mahu pun dengan Tuhan yang menciptakannya. Namun, pada mulanya, manusia hadir di bumi dalam kesendirian.

Ia pun sesuatu yang unik, keadaan yang sebenarnya membuat ia terpencil. Untuk itulah ia secara alamiah sentiasa berusaha menciptakan hubungan.

Salah satu motif, juga makna - mungkin yang terpenting, dalam berbagai hubungan itu adalah apa yang kita kenal dengan: cinta. Semacam kandungan perasaan yang timbul dari kegelisahan akan keterpisahan atau keterpencilan.

Bagi manusia dewasa, cinta merupakan kewujudan penyatuan yang esensial, yang memberi kemungkinan manusia menemukan orang lain dalam dirinya, walaupun individualitinya tetap terjaga. Penyatuan tanpa peleburan, di mana sesungguhnya bukan situasi saling memiliki yang terjadi, tetapi keberadaan yang sejajar di antara keduanya.

Konsep ”saling memiliki” menyebabkan hilangnya objektifnya manusia, lantaran pemprosesannya sebagai benda, objek yang pasif. Sementara itu, cinta tidak harus melucuti posisi manusia sebagai subjek, dengan kapasiti yang sama baik dalam memberi mahupun menerima.

Seperti dinyatakan Martin Buber, manusia mempunyai dua reflaksi fundamental, iaitu reflaksi dengan benda (Ich-Es) serta selari dengan sesama manusia dan Tuhan (Ich-Du). Maka ketika manusia berusaha memiliki sesamanya, di sana tidak ada hubungan Aku-Engkau, kerana yang ada adalah hubungan Aku-Itu. Di mana dunia yang dicitrakan, adalah dunia benda-benda, sesuatu yang dibendakan lewat semacam bentuk reflaksi yang dominati.

Dalam konteks ini, Martin Buber membawa istilah hubungan (erfahrung) yang dikhususkan bagi relasi antara manusia dengan manusia, dengan dialog sebagai modal komunikasi utamanya. Sedang hubungan antara ”aku” (manusia) dengan benda senantiasa menjadikan subjek itu merasa sepi, kerana lenyapnya kesetaraan. Kerana pada dasarnya keberadaan ”Aku” ditentukan oleh adanya ”engkau” dalam ”Aku”.

Cinta destruktif

Kesunyian manusia tetap akan terjadi apabila tidak ada pengakuan dalam relasi di atas. Mungkin berbeza dengan pendekatan Marxis, alienasi semacam ini terjadi bukan kerana manusia kehilangan dirinya, tetapi lebih pada hilangnya ”engkau”.

Begitu pun dalam relasi yang terbentuk kerana cinta, kehampaan dan kesendirian terjadi bukan kerana lenyapnya obyek cinta. Semacam objektifnya yang terjadi saat kita menyatakan telah ”jatuh cinta”. Sejatinya cinta tidak pernah jatuh, sebab cinta yang jatuh memiliki bawaan yang dominati, dan kerananya memiliki kecenderungan yang destruktif.

Cinta adalah standing in (bertahan di dalam). Dan kerana cinta adalah tindakan, maka pertama-tama cinta adalah memberi, dalam erti yang produktif. Maka cinta yang hampa adalah cinta yang hanya memberi tanpa menerima.

Sementara itu, cinta yang bermakna memiliki, maka yang terjadi adalah semacam objektif pasif. Cinta pun tak berbalas, dan penderitaan eksistensial pun terjadi. Seperti dikatakan Marcell, manusia yang memiliki pada dasarnya dimiliki, dan di sanalah penderitaan itu berada. Dan manusia yang memiliki cinta seperti itu hanya akan menjadi obyek dari penderitaannya.

Sedangkan apabila cinta dimaknai secara benar, maka yang akan terwujud justru integriti. Ia akan tetap menjadi dirinya sendiri, bukan satu peribadi yang sepi. Walaupun derita masih ada, ia menjadi subjek yang aktif, sedar dan berproses. Sesuatu yang terus ”menjadi”, kata Erich Fromm.

Dari hampa ke Tuhan

Bila kehampaan cinta antara manusia tetap terjadi, seseorang mengalami apa yang disebut dengan ”kembali pada asal”. Awal dari kesunyian manusia di dunia. Sehingga seseorang pun mulai terdesak untuk mencari ketenangan atau hubungan-hubungan yang baru. Mencari engku-engkau yang baru, yang dianggapnya memiliki kemampuan (saling) memberi (dengannya). Pada titik ini, cinta dapat menjadi sebuah aksi pencarian yang bersinambungan.

Inilah inti dari pencarian keber”ada”an manusia dalam dunia. Mencari integriti diri yang sesungguhnya. Kerananya, betapa pun hampa cinta itu, ia tetap membuat manusia bersikap produktif. Produktif dalam mencari dan memproduksi cinta yang mampu mengatasi kesendiriannya sebagai manusia. Di sini, muncullah Kierkegaard, yang menawarkan satu ketenangan lain yang khas: ketenangan manusia dengan Tuhannya.

Bagi Kierkegaard, hubungan manusia dengan Tuhanlah yang sejati dibutuhkan, bahkan tak terelakkan. Kerana dalam hubungan ini, manusia sentiasa menemukan dirinya sebagai subjek. Subjek yang aktif. Aktif dalam menyempurnakan hubungan, menyempurnakan cinta, menyempurnakan dirinya.

Mungkin inilah makna terdalam dari hubungan cinta pada satu hal yang ”Maha Sempurna”: memberi peluang terbaik bagi manusia mewujudkan semua kesempurnaan.

Akan tetapi, menariknya, sebagai makhluk unik, manusia juga adalah makhluk yang kompleks. Makhluk dengan dimensi sosial, biologi, dan spiritual sekaligus. Yang dengan ketiga dimensi itu ia mencari cintanya sendiri-sendiri. Sebuah pencarian kompleks yang tak terhindar membuat manusia selalu berada dalam gejola. Gejola yang juga tak lain representasi dari kegelisahan purbanya itu.

Keadaan itu pulalah yang membuat hidup dan manusia itu sendiri sentiasa menjadi fenomena yang menarik. Pencarian cinta, yang kadang bergerak di antara satu kehampaan ke kehampaan lainnya, membuat manusia seharusnya kian matang, kian dewasa. Kian mampu, bukan hanya memaknakan, tetapi juga mengatasi kehampaannya itu.

Dan beruntunglah yang berproses ”menjadi” seperti itu. Pemahaman yang graduatif-promotif tentang cinta pasti akan berdampak pada fungsinya sebagai manusia, sebagai makhluk sosial, sebagai warga dari sebuah semesta. Pada puncak dari pencarian, peran dan fungsinya itulah, kebahagiaan manusia terletak, terwujud juga secara graduatif-promotif.

Betapa bersyukurnya, ia manusia, yang berhasil mencapai tingkat-tingkat kebahagiaan itu. Dengan selalu, memaknakan kepada kehampaan dan penderitaan cinta, sebagai modal utama dari eksistensi mereka. Eksistensi yang dengan setia selalu mendekati eksistensi lain yang ”sempurna”. kerana di situlah sebenarnya menetap, cinta yang juga sempurna.

0 comments:

Klien Kecinta

Pengunjung Kecinta

Total Pageviews