1) Anda ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu anda selalu ingat dengan dia sorang saja..dia sihat kah tidak..dia dah makan kah belum.. dia ingat dengan anda kah tidak.
2) Anda menjadi resah gelisah kalau tidak dapat dengar suara dia, Anda jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia ANDA automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..
3) Uiii.. ANDA cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa.. kadang² ANDA rasa ANDA kecil hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari ANDA.
4) ANDA dapat jumpa dia sekali saja dalam sebulan jadi bila dapat jumpa dia ANDA rasa macam dunia ni ANDA yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata ANDA tapi ANDA pun hairan kenapa ANDA mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..
5) Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, ANDA simpan sampai penuh almari rumah ANDA. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu ANDA gigit balik… Hahahahahah
6) Kadang kala ANDA sengaja buat perangai nak bagi dia jeles dengan ANDA tapi dia sikit pun tiada respon sebaliknya ANDA sendiri yang makan hati..tapi ANDA tak sedar kenapa ANDA buat macam tu.. kenapa ANDA nak bagi dia jeles dengan ANDA?
7) ANDA percaya padanya. ANDA sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. ANDA juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan ANDA tapi ANDA tetap sudi melayan karenahnya. Bila family ANDA sebut pasal jodoh, ANDA cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak ANDA terbayang-bayang ANDA bersanding dengan dia..cis!!
9) Hmm…itu adalah secebis perasaan ANDA dengan dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa ANDA rasa dia bagus? Alah mengaku sajalah yang ANDA ni dah jatuh hati padanya..
DAN, akhirnya…
10) ANDA tahukah mengikut 'survey', itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri ANDA sendiri. ANDA tahu kenapa? Sebab ANDA punya ego tu tinggi sangat…apa susah sangatnya ANDA nak 'declare' yang ANDA ni betul-betul 'falling in love' dengan dia. Bagi perempuan memang la susah sikit 'takut perigi cari timba' pula kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri..
Kata-Kata Kecinta
Blog Archive
-
▼
2009
(118)
-
▼
July
(22)
- Tolak Lelaki Jenis Ini Selepas First Date!
- Lidah Keluh Ketika Berbicara
- 10 Perkara Jangan Beritahu Wanita
- Jika Cinta Tidak Direstui Keluarga
- Cemburu Tandanya Sayang?
- 5 Tips Pulihkan Merana
- Andainya Kau Tahu
- 5 Tips Dalam Percintaan
- 50 Taktik Melupakan Teman Online
- Watak Lelaki Manakah Yang Anda Mahu?
- 10 Tips Menolak Cinta Sahabat
- Cinta Perlu Dipupuk
- 7 Sebab Cinta Tidak Dihargai
- Panduan Untuk Bercinta
- Sebelum Mengucapkan Sesuatu
- Kenapa Wanita Terkenang Bekas BF?
- 10 Rahsia Cinta
- Tanda² Awal Jatuh Cinta
- 3 Rahsia Lelaki
- Cara Mengubati Kekecewaan
- 60 Petua Mendapat Pasangan
- Bukti Cinta Sejati Adalah Kejujuran
-
▼
July
(22)
7/2/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klien Kecinta
Total Pageviews
Muat-turun Artikel
kecinta.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment