Kata-Kata Kecinta

********************************************
"Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi Kehidupan Hati dan Perasaan. Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati dengan sayap-sayap asmarah nya. cinta akan selalu ada di hati dan hati akan selalu di isi dengan cinta" ********************************************
"Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniannya." ********************************************
"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat." ********************************************
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya" ********************************************
"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang. ibaratkan seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari." ********************************************
"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekrang, Dan bukan siapa dia sebelumnya" ********************************************
"Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tidak seorang pun pandai menilai cinta. kerana cinta bukanlah suatu objek yang biasa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan." ********************************************
"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya." ********************************************
"Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.." ********************************************
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah. ********************************************
Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu. ********************************************
Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu. ********************************************
Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah. ********************************************
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu. ********************************************
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya. ********************************************
Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya. ********************************************
Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas. ********************************************
Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya. ********************************************
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya. ********************************************
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. ********************************************
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda. ********************************************
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya. ********************************************
Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata. ********************************************
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. ********************************************
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya. ********************************************
Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam. ********************************************
Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya. ********************************************
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang ******************************************** "Salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku mencintaimu…” ~ Benji (Mencintaimu)

“Benarkah..bila kita jatuh cinta kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?..” ~ Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya

“Laksana jentayu menanti hujan, hanya terdaya bernafas dengan kehadiranmu..” ~ Kau Laksana Bulan - Aina Emir

“Letakkan cintaku dalam hatimu..hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah..” ~ Hati Yang Luka - Norhayati Berahim.

“Bila takdir mengatasi tadbir, kita akan bertemu” ~ Badai Semalam, Khadijah Hashim

“Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar..” ~ Kasih Seharum Lavender- Eita Ashyta

“Tak usah diucap, tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu ” ~ Adam & Hawa - Aisya Sofea

“Bila kamu sukakan seseorang, kamu sukakannya tanpa sebarang kekurangan. Bila kamu menyintai seseorang, kamu menyintainya dengan kekurangan.” ~ Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris

” Persahabatan dan Percintaan ibarat dua batang sungai yang bersatu di muara” ~ Percayalah - Ruby Hazri

” Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa ” ~ Tiada Noktah Cinta

“Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya ” ~ Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim

“Andai cinta itu bukan milik kita….aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku….jangan biarkan aku ditinggal sepi” ~ Tanpamu disisi - Puteri Andalas

“Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi nilai itu lebih berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan” ~ Rindu Saliha - Anita Abdullah

“Ku cari…Cinta yang tak pernah melukai…Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati..” ~ Dan Mimpi Pun Bersatu - Izza Aripin

“Apabila kesusahan dan kemiskinan mengetuk pintu…. cinta lari melalui tingkap” ~ Manisnya Cinta - Ani Ayuni

“Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai” ~ Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

“Cinta adalah semangat buta.” ~ Karamnya Kapal Var Deck.

“Usah sangka kereta paling mahal tidak memberikan masalah, ada kala ia meragam juga. Usah sangka orang yang seba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakala ia lebih mengerti” ~ Atas Nama Cinta - Lily Suriani

“Jangan kerana guruh bergempita, air ditempayang kau keringkan…
Jangan kerana pelangi yang indah, lampu dikamar kau matikan..
Jangan kerana kerlipan kaca, zamrud ditangan kau lemparkan…
Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan….” ~ Boneka - Abdul Rahim Awang

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.


7/7/09

Lidah Keluh Ketika Berbicara

Ramai lelaki yang kadangkala menjadi kelu untuk berkata-kata bila berhadapan dengan wanita yang diminatinya. Usah hendak bertanyakan khabar, mengeluarkan perkataan ‘Hai’ sekalipun terasa berat. Hairan ya perkara ini boleh berlaku pada lelaki sedangkan sikap asalnya cukup peramah dan suka berbicara. Inilah dikatakan panahan cinta. Ia akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi berdebar dan gelisah hingga tidak mampu mengucapkan kata-kata.

Namun seharusnya masalah kekeluan ini tidak berlarutan terutama pada temujanji bersama si dia yang anda minati. Sikap anda yang senyap sunyi mungkin akan disalah erti oleh pasangan. Pada fikiran mereka anda mungkin tidak berminat dengan dirinya ataupun ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Jadi sebelum anda kehilangan wanita yang diminati pelajarilah teknik-eknik untuk memecah kesunyian sewaktu pertemuan atau temujanji pertama bersama si dia. Sebenarnya tidak sukar memulakan perbualan. Tak perlu memikirkan kalimat yang serius atau berat untuk diungkap sebagai bahan bicara. Cukuplah dengan memulakan dengan bahan bualan ringan yang tak perlu memerah otak untuk menjawabnya. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Puji namanya.
” Saya suka nama awak, sangat sesuai dengan awak”. Kata-kata tersebut mungkin boleh menjadi kalimat pembuka yang paling berkesan untuk mendekatkan diri anda dengannya. Setelah itu, tanyakan pula dari mana asalnya untuk mengenali dirinya dengan lebih jauh.

2. Berkongsi cerita percutian“Awak suka bercuti?” atau “Kali terakhir negeri mana yang awak kunjungi?”. Jika si dia memang suka melancong, dia pasti akan berkongsi cerita dengan anda. Bahkan sehingga sehari suntuk.

3. Apa minatnya
Setelah bertanya dua soalan di atas, anda boleh terus bertanya akan minatnya yang lain-lain. Dia sudah tentu akan senang hati menjawabnya bahkan tanpa diminta si dia mungkin akan bercerita dan bersoal balas dengan anda sendiri. Hah! Sekarang suasana mungkin lebih mesra bukan?

4. Cerita tentang makan“Di mana awak selalu makan?” Atau “Di mana restoran kesukaan awak?” Selalunya hal makan si dia akan senang hati menceritakan pada anda. Mana tahu setelah berkongsi informasi ini, dia akan mengajak anda ke tempat kesukaannya pada temujanji akan datang. Ini sudah tentu peluang keemasan untuk anda mengenalinya dengan lebih dalam.

5. Bahan bacaan“Awak selalu baca buku apa ya?” Kalau si dia suka membaca, ini akan menjadi topik pembuka bicara yang paling menyenangkan. Siapa tahu selepas itu anda boleh bertukar buku sehingga hubungan terus berlanjutan.

6. Paling rapat“Siapa yang paling rapat dengan awak dalam keluarga” Dijamin si dia akan terus bercerita itu dan ini. Sama ada mengenai kakaknya yang cerewet atau ibunya yang paling hebat ataupun adiknya yang terlalu manja.

7. Telefon canggih
Telefon bimbit yang canggih juga boleh menjadi topik perbualan antara anda dan si dia. Tanyalah kalau si dia memang suka dengan kecanggihan teknologi komunikasi. Kalau jawapannya ya, model telefon bimbit saja sudah jadi topik menyeronokkan untuk dibualkan bersama.

8. Tidur lewat“Adakah awak seperti saya, suka berjaga malam?” Dia tak akan curiga dan menjawabnya dengan jujur. Kalau anda tahu si dia suka berjaga malam, ini mungkin peluang anda untuk menghubunginya di sebelah malam pula.

9. Filem yang ditonton“Awak dah tengok filem Transformers?” Kalau filem terkini sudah ditonton kemungkinan besar si dia memang suka ke panggung wayang. Sekiranya anda turut punyai hobi yang sama, kenapa tidak mengajaknya menonton sekali pada temujanji berikutnya.

0 comments:

Klien Kecinta

Pengunjung Kecinta

Total Pageviews