Kata-Kata Kecinta
3 Rahsia Lelaki
1) Kenapa lelaki selalu kata mahu telefon tapi tiada pun?Bila dia 'call' maksudnya dia ambil berat, Dia cintakan anda, Inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.
Definisi lelaki pulak : bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil..aku pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa. semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.
Kalau dia tidak
call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tidak penting dalam hidup dia. Namun itu
TIDAK bermakna dia tidak cintakan anda!
2) Lelaki tidak suka anda bersikap seperti seorang ibu.Jangan layan lelaki macam budak kecil, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.
Lelaki
TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.
3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun membosankan anda apabila mendengarnya. Jadikan anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu "signal" yang menyatakan kepadanya bahawa, Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!
0 comments:
Post a Comment