Kata-Kata Kecinta
Blog Archive
-
▼
2009
(118)
-
▼
September
(22)
- Sifat Wanita VS Sifat Lelaki
- Adakah Anda Bijak Dalam Memilih Pasangan Hidup?
- Lelaki Suka Dan Tidak Suka
- 10 Tanda Dilamun Gelora Cinta
- Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu
- 30 Petua Kukuhkan Cinta
- 30 Perkara Tentang Wanita
- 14 Perkara Mengenai Lelaki
- Kata-kata Cinta
- Melupakan Bekas Kekasih
- Lestarikan Cinta
- Pertemuan Pertama
- Apabila Lelaki Mabuk Cinta
- Jika Cinta Hendak Diberi
- 16 Ciri Lelaki
- 7 Teknik Memelihara Cinta Dengan Insan Tersayang
- 5 Persoalan Hati
- Kenapa Curang?
- Menilai Makna Tersirat Dari Lelaki
- Mencari Kejujuran Pasangan Anda
- Makna Hadiah Buat Tersayang
- Perkataan Yang Kerap Oleh Kaum Hawa
-
▼
September
(22)
9/2/09
Mencari Kejujuran Pasangan Anda
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Wednesday, September 02, 2009
Mengetahui bahawa pasangan kita tidak jujur terhadap kita tentu sahaja merupakan sesuatu yang menyakitkan. Selain itu, ketidakjujuran tersebut boleh menjadikan hubungan tersebut tidak sihat dan hilang kepercayaan.
Memang benar pada beberapa situasi, berbohong lebih baik daripada mengatakan yang sebenarnya. Namun terhadap pasangan haruslah jujur. Sekali sahaja anda berbohong, maka ia akan menjadi satu kebiasaan . Sekali berbohong maka anda akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang boleh menimbulkan stres. Menurut seorang ahli psikologi Amerika, berbohong boleh diterima, tetapi tidak dengan orang yang dicintai.
Jika anda tidak dapat menemukan kebenaran daripada pasangan, pada siapa lagi anda dapat memperolehinya? Meskipun kejujuran kadang-kadang memang menyakitkan dan membuat stres, tetapi untuk jangka panjang anda tidak akan mendapatkan kepercayaannya tanpa ada kejujuran dalam suatu hubungan. Mark Meadows, dari Institut San Diego mengatakan seseorang boleh mengetahui apakah pasangannya sedang berbohong atau tidak dengan mengamati hal-hal seperti di bawah.
1. Keadaan Mata Sewaktu Berbicara
Tataplah matanya sewaktu berbicara sehingga anda akan tahu dia jujur atau berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila ditatap matanya.
2. Bahasa Tubuh
Dengan mengamati bahasa tubuh pasangan sewaktu dia berbicara, anda akan mengetahui apakah dia jujur atau tidak. Seperti gugup ketika berbicara, berkeringat atau tidak tenang saat berbicara.
3. Tidak Komitmen Pada Apa yang Dikatakannya
Jika pasangan anda berjanji untuk menemani anda pergi tetapi dia selalu sahaja membatalkannya, maka anda perlu curiga terhadap alasannya. Jika anda menemui adanya kebohongan dalam hubungan, janganlah panik. Memang kejujuran akan sukar sekali dibina kembali apabila anda pernah tidak jujur. Menurut Meadows, tahap pertama untuk memberi maaf adalah memahami mengapa pasangannya berbohong pada anda. Barangkali dengan berbohong itu dia bermaksud melindungi bahkan membahagiakan orang lain. Mungkin saja suatu saat suami anda berbohong mengenai apa yang dikatakan ibunya mengenai anda. Tetapi jika kebohongan pasangan kerana untuk menutupi suatu skandal atau hubungan dengan orang lain, tentu anda sukar menerimanya.
Apabila anda merasakan tidak dapat lagi mempercayai pasangan, anda harus mengutarakan hal ini kepadanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apa pun terutamanya terhadap pasangan tercinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klien Kecinta
Total Pageviews
Muat-turun Artikel
kecinta.blogspot.com
6 comments:
nice info
hebat! terima kasih untuk artikel ini
kejujuran seseorang tu penting dalam satu perhubungan
"Apabila anda merasakan tidak dapat lagi mempercayai pasangan, anda harus mengutarakan hal ini kepadanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apa pun terutamanya terhadap pasangan tercinta."
ah.. penyelesaian paling sukar..
bagaimana jikalau terlalu jujur?akan timbulkan masalah?
Untuk terlalu jujur kepada pasangan adalah sangat baik..
ALERT! : Tapi bukan kepada sebarang 'kekasih' yang belum menjadi hak milik kita sepenuhnya.
kerana sesetangah merasakan kejujurannya melebihi dari yang dijangkakan. persoalan kecil yang mampu diselesaikan sendiri juga meminta bantuan kerana inginkan kejujuran..
p/s: tak salah jujur, sebab ia kunci utama cinta.
Post a Comment