Lelaki tulin
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak mengambil berat kerana lelaki yang seperti ini lemah dan sikap itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
Kata-Kata Kecinta
Blog Archive
-
▼
2009
(118)
-
▼
September
(22)
- Sifat Wanita VS Sifat Lelaki
- Adakah Anda Bijak Dalam Memilih Pasangan Hidup?
- Lelaki Suka Dan Tidak Suka
- 10 Tanda Dilamun Gelora Cinta
- Menghargai Apa Yang Kekasih Tidak Mahu
- 30 Petua Kukuhkan Cinta
- 30 Perkara Tentang Wanita
- 14 Perkara Mengenai Lelaki
- Kata-kata Cinta
- Melupakan Bekas Kekasih
- Lestarikan Cinta
- Pertemuan Pertama
- Apabila Lelaki Mabuk Cinta
- Jika Cinta Hendak Diberi
- 16 Ciri Lelaki
- 7 Teknik Memelihara Cinta Dengan Insan Tersayang
- 5 Persoalan Hati
- Kenapa Curang?
- Menilai Makna Tersirat Dari Lelaki
- Mencari Kejujuran Pasangan Anda
- Makna Hadiah Buat Tersayang
- Perkataan Yang Kerap Oleh Kaum Hawa
-
▼
September
(22)
9/5/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klien Kecinta
Total Pageviews
Muat-turun Artikel
kecinta.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment