Kata-Kata Kecinta

********************************************
"Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi Kehidupan Hati dan Perasaan. Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati dengan sayap-sayap asmarah nya. cinta akan selalu ada di hati dan hati akan selalu di isi dengan cinta" ********************************************
"Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniannya." ********************************************
"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat." ********************************************
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya" ********************************************
"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang. ibaratkan seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari." ********************************************
"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekrang, Dan bukan siapa dia sebelumnya" ********************************************
"Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tidak seorang pun pandai menilai cinta. kerana cinta bukanlah suatu objek yang biasa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan." ********************************************
"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya." ********************************************
"Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.." ********************************************
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah. ********************************************
Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu. ********************************************
Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu. ********************************************
Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah. ********************************************
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu. ********************************************
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya. ********************************************
Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya. ********************************************
Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas. ********************************************
Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya. ********************************************
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya. ********************************************
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. ********************************************
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda. ********************************************
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya. ********************************************
Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata. ********************************************
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. ********************************************
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya. ********************************************
Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam. ********************************************
Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya. ********************************************
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang ******************************************** "Salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku mencintaimu…” ~ Benji (Mencintaimu)

“Benarkah..bila kita jatuh cinta kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?..” ~ Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya

“Laksana jentayu menanti hujan, hanya terdaya bernafas dengan kehadiranmu..” ~ Kau Laksana Bulan - Aina Emir

“Letakkan cintaku dalam hatimu..hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah..” ~ Hati Yang Luka - Norhayati Berahim.

“Bila takdir mengatasi tadbir, kita akan bertemu” ~ Badai Semalam, Khadijah Hashim

“Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar..” ~ Kasih Seharum Lavender- Eita Ashyta

“Tak usah diucap, tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu ” ~ Adam & Hawa - Aisya Sofea

“Bila kamu sukakan seseorang, kamu sukakannya tanpa sebarang kekurangan. Bila kamu menyintai seseorang, kamu menyintainya dengan kekurangan.” ~ Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris

” Persahabatan dan Percintaan ibarat dua batang sungai yang bersatu di muara” ~ Percayalah - Ruby Hazri

” Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa ” ~ Tiada Noktah Cinta

“Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya ” ~ Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim

“Andai cinta itu bukan milik kita….aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku….jangan biarkan aku ditinggal sepi” ~ Tanpamu disisi - Puteri Andalas

“Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi nilai itu lebih berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan” ~ Rindu Saliha - Anita Abdullah

“Ku cari…Cinta yang tak pernah melukai…Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati..” ~ Dan Mimpi Pun Bersatu - Izza Aripin

“Apabila kesusahan dan kemiskinan mengetuk pintu…. cinta lari melalui tingkap” ~ Manisnya Cinta - Ani Ayuni

“Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai” ~ Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

“Cinta adalah semangat buta.” ~ Karamnya Kapal Var Deck.

“Usah sangka kereta paling mahal tidak memberikan masalah, ada kala ia meragam juga. Usah sangka orang yang seba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakala ia lebih mengerti” ~ Atas Nama Cinta - Lily Suriani

“Jangan kerana guruh bergempita, air ditempayang kau keringkan…
Jangan kerana pelangi yang indah, lampu dikamar kau matikan..
Jangan kerana kerlipan kaca, zamrud ditangan kau lemparkan…
Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan….” ~ Boneka - Abdul Rahim Awang

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.


12/31/10

Tanda Wanita Mahu Menjauhi

DALAM MENJALIN HUBUNGAN, ADA KALANYA KITA GAGAL MENEMUI TITIK KETIDAKSERASIAN BERSAMA PASANGAN. MUNGKIN MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL JUGA MEMBUATKAN KITA MAHU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN. DI BAWAH INI ADALAH TANDA-TANDA WANITA MAHU MENJAUHI DIRI ANDA. JADI KEPADA LELAKI, INI ADALAH TANDA-TANDA YANG PERLU ANDA FAHAMI.


Berpura-pura masih cinta
Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskannya. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.


Dia Keluar Bersama Lelaki Lain
Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat biasa dan mahu anda bertemu juga. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan!


Tidak mahu mengaku menjalin hubungan
Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.



Mengkritik secara terbuka
Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih.


Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari, jangan biar maruah anda diperkotak-katikkan di hadapan umum.



Tidak bersuara langsung
Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi bukan!



Terlalu emosi
Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau mahu melepaskan diri.



Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi.



Dia berusaha mencari kenalan baru Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak lagi bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak menginginkan anda.



Tidak mengangkat telefon
Kalau sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara , kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya.



Minta lelaki lain belanja
Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah dimalukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja.

12/5/10

9 Kategori Wanita Perlu Dijauhi

LELAKI SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG EGO, KERAS HATI DAN PEMBULI SEMENTARA WANITA PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI MAKHLUK LEMAH LEMBUT DAN PERLUKAN PERHATIAN DARI LELAKI SEPENUHNYA.



Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 10 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi!



1. Perasan cantik

Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.



2. Punya ‘sugar daddy’

Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.



3. Pandai ambil kesempatan

Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.



4. Suka mengongkong

‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.



Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.



5. Mahu Sempurna

Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.



6. Selekeh

Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.



Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.



7. Suka mengharap

Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.



8. Terlalu cemburu

Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.



9. Tidak berhati-hati

Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain.

11/8/10

Pujuk hati bina kehidupan yang baru

Memang sukar memujuk hati untuk menerima kenyataan diri sudah ditinggalkan sama ada baru putus cinta, sering ditinggalkan kekasih atau berpisah dengan orang yang disayangi.


Berikut sedikit panduan untuk anda yang ingin melupakan saat memilukan bersama bekas kekasih selama-lamanya.

* Kesedaran amat penting. Sedarlah anda dan si dia bukan lagi teman yang pernah berkongsi perasaan. Bukan bermakna anda harus melupakannya terus, tetapi berfikir dengan wajar supaya ia tidak mengganggu perhubungan dengan kekasih anda kini.

* Jaga sikap. Jika anda berhadapan dengannya, pamerkan sikap sewajarnya.


Jika anda tersalah tingkah mungkin si dia salah mengerti. Jika bekas kekasih mengajak ke sesuatu tempat, jangan terima ajakannya dan itu harus sampai ke pengetahuan kekasih baru anda demi kebaikan kedua-dua pihak. Elakkan ke tempat yang pernah menjadi kenangan anda bersamanya.

* Perkenalkan kekasih anda. Jika berkesempatan berbicara dengan si dia, jangan menyentuh perkara atau masalah lalu, tetapi berbual mengenai keadaan dan kehidupan sekarang.


Sesekali pamerkan pasangan anda, tetapi bukan bermaksud untuk membandingkan dengan si dia melainkan untuk menunjukkan bagaimana kehidupan anda kini.

* Tunjukkan kebahagiaan anda. Ketika ini anda bahagia dengan kekasih baru, ceritakan apa yang dialami atau pernah dikongsi bersamanya.


Jangan biarkan bekas kekasih berfikir anda lemah setelah ditinggalkannya. Dalam pada itu, jangan menganggap bekas kekasih itu sebagai musuh, tetapi mungkin dia boleh jadi sahabat terbaik dan hadkan hubungan dengannya.


Secara tidak langsung, hormati kekasih kerana anda layak memperoleh, merasakan dan memiliki cinta yang baru.

- Hapus kenangan bersamanya. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan, gambar berdua mahupun hadiah pemberiannya.


Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya termasuk pesanan ringkas (SMS) atau pesanan suara di telefon daripadanya.

* Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.

* Berhenti membandingkan. Sikap anda yang suka membandingkan si dia dengan teman lain sepatutnya disingkirkan.


Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama sehingga sanggup menggunakan pelbagai macam alasan.

* Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan (jika belum dimiliki).


Bagaimana harus menjalani hari mendatang tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas itu akan hilang dengan sendirinya. Malah anda harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

* Rakan pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah sudah dilakukan untuk melupakannya, ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran. Luahkan masalah itu kepada rakan yang boleh dipercayai dan jangan menyimpannya di dalam hati. Takut anda pula yang merana. Sedikit sebanyak, ia mungkin dapat menghilangkan kehadiran si dia daripada kotak fikiran.

Peribahasa Cina - Kebahagian

10/23/10

Ciri-Ciri 'Playgirl' Sejati

Menyimpan Kisah One Night Stand
Tidak hanya satu, tapi lebih. One night stand tidak bererti berakhir dengan seks belaka. Sedikit kontak fisik sudah menjawab beberapa pendekatan ANDA dengan lelaki yang ANDA kagumi, tapi bukan untuk jangka panjang.

Status Facebook Sentiasa Berubah
Mula dari “kenalan”, “berkasih”, dan menjadi “complicated”. Ini menandakan Anda seperti mencari lelaki untuk kesenangan saja. Sekalipun Anda mencuba mencari yang terbaik, tapi dimata lelaki, Anda seorang man eater.

Bercinta Dengan Dua Lelaki Dalam Satu Kumpulan/Kenalan
Contohnya Anda pernah bercinta dengan lelaki dalam satu team bola sepak, lalu di masa lain anda bercinta dengan kawan satu teamnya. Secara tidak sedar hampir setengah jumlah team tersebut pernah dekat dengan Kamu. Kata lain Pecinta lelaki.

Senang Memberi Nombor Telefon
Anda sudah ada kekasih tapi lelaki dengan senang mendapatkan nombor telefon dari Anda. Hati-hati, kerana ini tandanya Anda masih memberi ruang untuk menarik perhatian lelaki lain, atau curang.

Senang Meninggalkan
Senang mempermainkan perasaan seseorang yang b oleh menjadi ukuran. Bayangkan bila hubungan anda sedang hangat, tiba-tiba Anda pergi tanpa khabar hanya untuk menegaskan “Siapa bos-nya”. Jika Anda sudah Melalui tahap ini, Anda adalah playgirl sejati.

Tidak Pernah Mencukupi
Lelaki memerlukan usaha lebih besar untuk mendekati Anda, dan itu tidak pernah mencukupi. jika Anda tidak puas, Anda akan pergi.


p/s : Hati-hati dengan Sindrom ini.. :)

7/18/10

Siapa Dia

Siapa Dia


Siapakah dia..
yang sering mewarnai hariku..
seolah-olah matahari tersenyum manja padaku...
dengan hanya senyuman manisnya...


Siapakah dia..
yang selalu membuatkan..
jantungku berdegup kencang..
dengan sinar matanya yang menggoda...



Siapakah dia...
yang membuatkan lidahku kelu...
untuk menyapanya...
setiap kali bertemunya....


Siapakah dia..
yang seringkali membuatkan aku..
merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya...


Siapakah dia..
yang sering hadir di setiap mimpiku..
dan membuatkanku tersenyum pabila terjaga..


Siapakah dia..
yang selalu membuatkan aku..
merasa rindu yang amat mendalam..
apabila tidak mendengar khabarnya...


Siapakah dia..
yang membuatkan aku berharap..
agar aku mendapat..
walau sedikitpun ruang dihatinya...


Siapakah dia..
yang membuatkan aku patah hati..
apabila mengetahui bahawa...
dirinya sudah berkasih...


Siapa dia..
yang membuatkan hatiku pilu..
jantungku remuk,ragaku kosong..
hidupku seolah-olah tiada cahaya dan warna..
menangis sunyi di setiap malam..
saat mengetahui dirinya sudah...
menemui bidadarinya yang akan menemaninya di syurga kelak...
dan,itu bukanlah aku...

Kata Pengisian Jiwa

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal

Apa Sebenarnya Keadaan Ini




S
ebenarnya aku ini mengapa ya?
Sering sangat berubah laku dengan tidak menentu
Kadang ketawa penuh berlagu hingga melebihi
jangkauan batasan kelucuan
Dan tiba-tiba sahaja berarak mendung di wajah kelabu
Menjadi diri sendiri tidak mengerti
Bencana apakah yang telah menimpa diri?
Sebenarnya kau ini, kenapa ya?
Sering sekali mengganggu
ruangan hati yang sempit
Dengan permainan di sebalik warna tinta
Tanpa ada sebarang perutusan perkhabaran berita
Sekadar namaku tertera pada penulisanmu
Terlalu sukar untuk aku memahami
Kelakuan dalam bicara penamu itu terlalu abstrak
Terasa sungguh menyulitkan keadaan hati!

Sebenarnya keadaan kita ini apa ya?
Sering sahaja bersikap begitu dan begini
Sesama kita seperti tidak mahu menghuraikan
Suatu tafsiran dari kitab hati untuk diterjemahkan
Menjadi satu baris ayat yang panjang
Tetapi terfikirkah kita
Betapa lama waktu dan musim kita persiakan
Sampai bilakah kita harus meneruskan sandiwara
Di pentas kepura-puraan berpanjangan
Tanpa ada titik permulaan
Tanpa ada nokhtah pengakhir kisah!

7/17/10

Peranan Kekasih


Kekasih merupakan seorang teman yang berkemungkinan akan menjadi pasangan hidup kita kelak .

Dalam tanggungjawap sebagai seorang yang bernama "kekasih" adalah setia bersama tatkala susah dan senang ataupun menjadi pemberi pandangan serta penasihat samada kita dalam keresahan dan juga di saat kita gembira , untuk menjadi " kekasih " adalah seperti suatu prilaku yang " pratikal " demi untuk mengenali , memahami serta mendalami jiwa pasangan masing - masing sebelum ke peringkat seterusnya iaitu " pasangan hidup kekal " ataupun alam perkahwinan.

Tetapi dikala menjadi " kekasih " , kita sering berfikir dan menyebabkan fikiran menjadi tergangu , pernah sekali kita akan bercakap sendirian " seriuskah dia kepadaku , pernahkah dia menghargaiku , siapakah aku dimatanya ", tidak salah kalau kita berfikir begitu kerana soalan - soalan itu juga boleh menyelamatkan masa depan kita juga kerana kita masih berstatus " Kekasih " dan pada status itulah kita perlu mengenali dengan lebih dekat lagi dan selami sedalam - dalamnya pasangan kita.

Sebagai peranan seorang "kekasih" kita juga perlulah ada fikiran yang lebih "open minded" ataupun berfikiran terbuka seperti contoh jangan pulalah kita ejek pasangan kita sekiranya dia marah dengan mengatakan " u ni kenapa? datang bulan ke? " , paling tidak pun kita cuba untuk membahagiakannya dengan senyuman dan sekali sekala kita perlulah mengalah dan bertolak ansur. ( wanita sebulan sekali memang mood tak baik )

Tapi , sekiranya pasangan anda seorang yang kuat berbelanja maka anda perlulah cuba untuk menasihatkannya dan jangan pula anda "join sekaki " . Satu lagi sekiranya anda sedari bahawa pasangan anda itu jenis yang selalu meminta - minta untuk belikan barangan Mr J nasihatkan Tingalkan sahaja pasangan anda itu , bukan apa itu bukan kekasih namanya itu " pisau cukur " dan kalau sekali sekala apa salahnya contoh untuk belikan barangan untuk ulangtahun serta harijadi .

Kadang - kadang memang agak susah mencari pasangan hidup ataupun Cinta sejati , Sekiranya anda masih Single dan ingin memilikki pasangan kekasih anda perlulah tahu apa yang lelaki minat pada wanita .

Seorang Kekasih

Seorang kekasih,
dikala terlantar sakit duka pengalaman,dia datang dengan penyembuh,laksana hujan yang turun setelah setahun kemarau,menjalarkan pohon - pohon ceria,melembabkan tanah tandus di padang hati.

Bila waktu senggang dia akan penuhi dengan hilai mesra bicara dalam batas susila.

Hati mesti dipenuhi,jiwa mesti diisi,persis kontang sebuah gurun, sang musafir mengharap pepohon hijau tumbuh segar meneduh dan merimbun mekar sebuah kasih sayang tanpa menghitung saat yang akan berlalu.



Seorang kekasih,
bila tempang semangat dia datang dengan seberkas api untuk kau berdiang dari kemurungan,memberi hijau kehidupan yang layu,membuang apa yang telah kau kutip,apa yang telah dipungut dari jerih kehidupan lalu.

Jangan pinggirkan hatinya,diapun ada secebis luka yang tak bisa terungkap,ada dukacita tak bisa digarap,demi keutamaan mu , dia bersusah lelah lupakan apa yang telah di telan dan dihadam.




Seorang kekasih,
dialah lautan kehidupan untuk kau pancing makna sebuah pengorbanan,tanpa diupah dan disuruh,malah adakala terlupa berterima kasih atas segala yang telah diberi.



Seorang kekasih,
dialah kebun yang akan buat kau leka sepanjang hari dengan tanaman kepercayaan,menyulat apa yang kurang,membaja bila tumbuh dan mengutip bila telah tiba musim.

Sejauh mana hasil dipungut,datang dari benih jujur dan percaya dalam dirimu.
Meneliti kehidupan kekasih perlu kesabaranmu...

7/15/10

Embun pun takkan mampu

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

7/10/10

Down


I don’t know where I’m at
I’m standing at the back
And I’m tired of waiting
Waiting here in line, hoping that I’ll find what I’ve been chasing.

Not ready to let go
Cause then I'd never know
What I could be missing
But I’m missing way too much
So when do I give up what I’ve been wishing for.

I shot for the sky
I’m stuck on the ground
So why do I try, I know I’m gonna to fall down
I thought I could fly, so why did I drown?
Never know why it’s coming down, down, down.
Oh I am going down, down, down
Can’t find another way around
And I don’t want to hear the sound, of losing what I never found.

6/20/10

Apabila Cinta Dikhinati

Ulang Tahun Kecinta ® Yang PERTAMA
20/06/2009 - 20/06/2010


Apabila cinta dikhianati..
Walaupun mempunyai kehidupan tetapi aku merasa yang tidak aku bernyawa lagi
dan ianya membuatkan dunia kehidupan menjadi kelam-kabut dan huru-hara
Dalam keadaan ini aku hanya berdoa pada yang maha Esa..
Kerana dalam masa yang singkat ia telah menuntut untuk mendapat kebebasan dari cinta
yang kami selami, menjaganya dan menghargainya..

Apabila Cinta dikhianti
Jika dihari kegembiraannya pasti akan menjadi hari kegelapan untukku
Kerana dia menemui orang yang dicintai dan meletakkan di tempat teratas
Jika dikala malam mengusik jiwa dan tidak tenteram tetapi dia dalam keadaan bermimpi indah
Apa yang perlu aku lakukan jika dia adalah yang terbaik dalam hidupku?
Dan apa yang perlu aku katakan untuk perkara mengejutkan ini

Menggunakan banyak alasan untuk menutupkan kesalahan..
Tapi tidak akan ada satu AYAT pun yang akan memberhentikan KESAKITAN dihati
Kerana disaat aku masih berduka dan saat itu juga dia tinggalkan aku 'semula'
Inikah erti cinta? Cinta yang dikhianati..

Kau dapatkan hatinya tetapi tidak menghiraukan Kesakitan hatiku
Jika Kau adalah yang benar dan akulah pesalah,,
Inginku ketahui apa masalah sebenarnya..
Kerana kau tinggalkan tanpa kesan cinta yang pernah dibina
Kekejaman yang kau lakukan amat mendalam kesannya dari cinta yang kau bina

Madah Pujangga Terluka

Ulang Tahun Kecinta ® Yang PERTAMA
20/06/2009 - 20/06/2010


Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

I can't be there with you to know that and it kills me



Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga, orang keempat mungkin orang kelima yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.


Don't love me anymore ( Jangan Cintai aku lagi... )

5/8/10

Bila Cinta Bersuara

Kamu hanya tahu menyebut
cinta itu buta

Setiap kesalahan yang kau lakukan
pastinya kau akan menyalahkan cinta
tapi kau mungkin tidak menyedari yang cinta juga seolah-olah mempunyai perasaan
dan jika ALLAH yang Maha Kuasa itu membenarkan cinta bertukar menjadi seorang manusia
pastinya cinta akan meluahkan perasaan yang dipendamnya selama ini

Cinta ada di dalam diri setiap manusia
cinta akan turut menangis di saat sekeping hati milik si gadis atau si jejaka di lukai

Cinta turut merasa gembira di saat seorang gadis tersenyum ketika membuka pemberian dari kekasihnya

Cinta juga akan turut merasai sakit yang perlu ditanggung di saat
seorang jejaka mahupun seorang gadis mencurangi kekasihnya

Cinta juga akan turut merasa pedihnya di saat menerima berita yang tidak di sangka-sangka dari kekasih kepada gadis atau jejaka yang 'dihuninya'
seperti berita tentag kematian, kemalangan, permasalahan yang menimpa dan berbagai lagi

Cinta juga akan bersama-sama mengucapkan syukur apabila
perasaan si gadis atau jejaka tadi berbalas.

Malah, cinta juga akan turut merasakan pedihnya di saat si jejaka atau si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan yang sekian lama terjalin

Sedarlah wahai manusia yang sedang dilamun cinta
mahupun yang baru bercita-cita untuk jatuh cinta

CINTA TIDAK PERNAH BUTA

Sesungguhnya, cinta itu dapat melihat apa yang di lakukan oleh sepasang kekasih
dan sesungguhnya,
cinta akan turut menangis saat kita menangis

Cinta juga akan turut tertawa
di saat kita di selubungi bahagia..

Breakeven - The Script

I'm still alive but I'm barely breathing
Just prayin' to a god that I don't believe in
Cos I got time while she got freedom
Cos when a heart breaks no it don't break even

Her best days will be some of my worst
She finally met a man that's gonna put her first
While I'm wide awake she's no trouble sleeping
Cos when a heart breaks no it don't breakeven... even... no

What am I supposed to do when the best part of me was always you,
And what am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces

They say bad things happen for a reason
But no wise words gonna stop the bleeding
Cos she's moved on while I'm still grieving
And when a heart breaks no it don't breakeven even... no

What am I gonna to do when the best part of me was always you,
And what am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces
(One still in love while the other ones leaving)
I'm falling to pieces
(Cos when a heart breaks no it don't breakeven)

Oh you got his heart and my heart and none of the pain
You took your suitcase, I took the blame.
Now I'm try'na make sense of what little remains ooh
Cos you left me with no love and no love to my name.

I'm still alive but I'm barely breathing
Just prayin' to a god that I don't believe in
Cos I got time while she got freedom
Cos when a heart breaks no it don't break
No it don't break
No it don't break even no

What am I gonna do when the best part of me was always you and
What am I suppose to say when I'm all choked up that you're ok
(Oh glad your okay now)
I'm falling to pieces yeah
(Oh I'm glad your okay)
I'm falling to pieces yeah
(One still in love while the other ones leaving)
I'm falling to pieces
(Cos when a heart breaks no it don't breakeven)

Oh it don't break even no
Oh it don't break even no
Oh it don't break even no

5/4/10

Kehancuran Hati ku




Dikala hati mulai lelah dan letih akan cinta,
semua bagaikan hampa dan tidak bererti.

Dikala harapan mulai menyinar,
yang tersisa hanya kebimbangan

Dikala cahaya hati mula redup,
yang tersisa hanya putus asa,

Dikala pegangan mulai roboh,
aku seperti tersesat tanpa arah tujuan

'Perjuangan...'
'Harapan...'
'Impian...'
'Pegangan...'
'Kekuatan dan,'
'Cinta...'

Yang selama ini jadi kekuatan ku untuk meneruskan hari demi hari
Semakin pudar dan kini hilang tanpa kesan

Akhirnya aku makin ke jurang kehancuran
Keperitan hati ku pun terasa terseksa.

Derai air mata juga tak mampu mendera sakitnya
Aku hanya mampu bertahan dengan sisa-baki keyakinan
dan harapan ku.

Terfikir satu pertanyaan di hati ku... ?
Mampuhkah aku meneruskan hari-hariku
dengan sisa kekuatan itu...??

5/2/10

Cintaku Antara Dia dan Allah

Saat mula mengenali dirinya,
Diriku seakan bahagia,
Tiada setitis mutiara jatuh ke riba,
Kehadirannya mampu membawa cahaya,

Hadirnya dalam hidupku,
Mampu mengubat hatiku yang pilu,
Mampu menghapus kenangan kejam suatu ketika dahulu,
Yang membiarkan aku terus hanyut dibuai cinta palsu,

Cinta bertepuk sebelah tangan,
Aliran cinta hanya menyusuri di Badan,
Tetapi tidak memenuhi di hati dakapan,
Ayat yang sesuai dijadikan ungkapan,
Kerana berperangnya hati dan perasaan,
Menyuruhku melupakan dia dan menghapus segala kenangan,

Walaupun kekadang diri terasa bahagia,
Namun derita juga kian menghimpit dada,
Saat aku melihatnya,
Terasa hatiku seakan-akan dihiris-hiris olehnya,

Seringkali aku merasakan diri seperti ditertawakan,
Apabila melihatnya bersama teman-teman,
Mutiara jernihku bertaburan seperti bak air hujan,
Hatiku terfikir, mengingatkan aku ini adalah satu ujian,

Aku sakit dan patah hati,
Aku tak mahu berangan lagi,
Aku nak lari dari semua ini,
Hingga aku temui jalan yang dinanti,

Niat tidak boleh menghalalkan cara,
Kerana apa yang haram tetap haram di sisiNya,
Aku ingin mencintai dan dicintai dengan redhaNya,
Kerana disitulah akan hadir segunung rahmatNya,

Aku tahu aku bukanlah hamba yang sempurna,
Aku berasa tidak sempurna tanpa cintanya,
Namun, tanpa cintaMu Ya Allah hidupku lebih tidak sempurna,
Haruskah aku melupakan perasaanku terhadapnya?

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku ingin sekali menariknya untuk mencintaiMu dan agamaMu,
Menyuruhnya untuk menjadi insan yang baru,
Mengharap dia mendapat rahmat dan syurgaMu,


Ya Muhaimin,
Aku mengharap doaku diperkenankan,
Supaya dia tidak terus menyusuri jalan kesesatan,
Agar bahagia dia meneruskan kehidupan,

Ya Rabbana,
Sampaikan pesananku kepadanya,
Kau berikanlah cahaya hidayahMu kepadanya,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya,
Kau hapuskanlah ingatanku terhadapnya,
Sehingga aku tahu dialah jodohku selamanya……….

4/29/10

4/25/10

Pengaruh Lagu & Muzik Dalam Percintaan

"Apabila mempunyai pasangan pasti ada satu lagu yang liriknya begitu bermakna dalam hubungan anda berdua"

Kala anda memandu sendirian, kedengaran satu lagu lama yang begitu memberi nostalgia kepada diri anda di radio. Serentak dengan itu hati anda tiba-tiba berbunga dan terimbas kembali kisah cinta lama.

Mood sedih, stres beransur hilang dari fikiran setelah mendengar lagu tersebut. Tak sangka sebuah lagu boleh mengubah mood anda bukan?

Siapa yang tidak membesar dengan lagu, dari kecil kita didengarkan dengan dendangan lagu nasyid ketika ibu mendodoikan dalam pelukan, menginjak kanak-kanak lagu di tadika menjadi hiburan setiap hari.

Bila remaja lagu-lagu cinta mula mengambil tempat dan begitulah seterusnya apabila mempunyai pasangan, pasti ada satu lagu yang liriknya begitu bermakna dalam hubungan anda berdua.

Penulis sendiri tidak terkecuali daripada perkara tersebut apabila lagu dendangan kumpulan Back Street Boys, pasti bibir tersenyum mengimbas nostalgia percintaan di zaman muda.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi membuktikan, muzik, terutamanya muzik klasik amat mempengaruhi perkembangan IQ (Intelegent Quotien) dan EQ (Emotional Quotien).

Seorang bayi yang biasanya didengarkan dengan bunyi akan lebih berkembang kecerdasan emosional dan kecerdikannya berbanding bayi yang jarang didedahkan dengan bunyi.


Sebagai Contoh :


Hey, slow it down whataya want from me
Whataya want from me
Yeah I’m afraid whataya want from me
Whataya want from me

There might have been a time
And I would give myself away
Oooh once upon a time I didn’t give a damn
But now, here we are so whataya want from me
Whataya want from me

Just don’t give up I’m workin it out
Please don’t give in, I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me
Whataya want from me



Yeah, it’s plain to see (plain to see)
that baby you’re beautiful
And it’s nothing wrong with you
(nothing wrong with you)
It’s me, I’m a freak (yeah)
but thanks for lovin’ me
Cause you’re doing it perfectly
(it perfectly)

There might have been a time
When I would let you step away
I wouldn’t even try
But I think you could save my life

Just don’t give up I’m workin’ it out
Please don’t give in, I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep comin around
Hey, whataya want from me (Whataya want from me)
Whataya want from me (Whataya want from me)

Just don’t give up on me
(uuuuuuh) I won’t let you down
No, I won’t let you down

(So I) just don’t give up
I’m workin it out
Please don’t give in, I won’t let you down
It messed me up (It messed me up)
Need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me



Just don’t give up I’m workin’ it out
Please don’t give in, i won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me

3/24/10

Panas Baran Perosak Cinta

Tingkatkan kesabaran dalam berdepan kemelut hubungan kerana sikap baran boleh menyebabkan pasangan anda menjauhkan diri.

Kemarahan adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya.

Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.

Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional.

Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.

Dalam soal cinta, adakah anda seorang yang berjaya mengawal emosi? Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku, adakah penyelesaian akan diiringi dengan cara mengherdik atau menengking? Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat mengawal perasaan, kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.

Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu, adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan paras kesabarannya. Selain berfikir secara rasional, berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung.

Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar. Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah diberi secara saksama. Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka yang mempunyai pasangan yang panas baran.



Berdiam diri

Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar butir bicara itu sebagai input penyelesaian. Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.


Menjauhkan diri buat seketika

Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.

Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.



Berikan masa untuk reda

Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya. Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.

Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.



Memilih corak percakapan

Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda. Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.



Terapi minda dan fizikal

Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.

Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.

Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu, kita masih perlu berharap dan berdoa.

Hadiah Terbaik Lelaki

Sudah namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini.



Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki.



Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini.



Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.



Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki.



Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.



Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.



Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din berkata, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai.



Dr Mohd Fadzil berkata, secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.



“Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.



“Ini dapat dilihat daripada bentuk hadiah yang diterima lelaki daripada kumpulan rakan-rakannya dengan mengambil kira kesesuaian kriteria hadiah serta bajet yang mengikut kemampuan,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.



Ditanya apakah erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, Dr Mohd Fadzil berkata, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka.



“Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita.



“Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan,” katanya.



Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, Dr Mohd Fadzil berkata, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia.



Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki.



“Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah.



“Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita... Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.” katanya.



Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.



Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.



Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.



Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua!



Hadiah idaman lelaki:



10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi ‘hadiah wajib’ buat lelaki.



Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya...



1. Jersi bola sepak



Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tunggu apa lagi?



2. Telefon iPhone



Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.



3. Monitor LCD kereta



Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.





4. Sport rim



Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!



5. Tiket perlumbaan F1 Sepang



Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini.



6. Permainan video



Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.



7. MP3



Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!



8. Kasut futsal



Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.



9. Set mengurut elektronik



Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?



10. Kejutan majlis hari jadi



Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.



Oleh Fairuz Zaidan

2/11/10

Perkara Yang Menghancurkan Cinta

Perhubungan selalunya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diurus walaupun dah bersumpah setia terhadap cinta bersama.


Masalah besar yang selalu berlaku bila salah seorang atau kedua pasangan berterusan buat kesalahan yang sama kemudian tak tahu/tak faham kenapa la perhubungan mereka bermasalah.

Beberapa perkara dari sikap,cara berfikir dan cara berkomunikasi seseorang itu, kalau diulangi dan dibuat berterusan berpotensi sangat menghancurkan perhubungan.

Anda buat yang mana?

1. Walau pun anda takde fakta dan hujah yang lengkap, anda terus kata anda betul dan terus amalkan sikap keras kepala.

2. Tak pernah minta maaf! Walaupun terang-terang anda ni salah.

3. Pentingkan diri anda.Buat tak tau je kepentingan/keperluan pasangan anda. Yang penting apa anda nak MESTI anda dapat dan dia tunaikan.


4. Tak pernah mengaku dan menunjukkan yang anda terluka. Sebaliknya bila terluka, cepat-cepat melenting dan marah.

5. Anda tau kekurangan,kesalahan dan rahsia keluarga pasangan anda dan gunakan itu semua bila anda gagal masa berbincang dengan pasangan.

6. Bila pasangan buat salah,anda guna dan manipulasi perasaan bersalah itu untuk menyerang emosinya.

7. Sentiasa cekap cari kesalahan pasangan. Kalau dia buat perkara baik,tak puji dan buat tak tau.

8. Buat janji. Tak tepati!.


9. Buat-buat faham apa yang di cakap dan sampaikan walaupun anda sepatah apa pun tak faham.

10. Tak pernah serius dalam apa hal pun.

11. Sentiasa cakap anda ‘pasti mati’ kalau dia buat tak tau pada anda.

12. Selalu ungkit perkara lepas. Cara penyampaian je tak sama tapi isi dan fakta tetap sama.

13. kalau bertengkar,sentiasa tak nak kalah. Anda bertengkar bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk ‘menang’. Jadi apa cara pun anda mesti buat anda menang sampai pasangan tak tahan.


14. Tak tunjukkan tanda anda ambil berat pasangan anda.

15. Tekankan apa yang anda kata jauh lebih penting dari pasangan anda. Jadi anda selalu ‘potong’ cakap bila pasangan sedang bercakap.

16. Bila anda dapati anda betul dalam sesuatu perkara,selalu cakap, “Itulah..saya dah cakap..awak degil..”.

17. Selalu anggap pasangan anda saja yang perlu faham kehendak/keperluan anda dan perlu secepat mungkin buat apa saja untuk anda tanpa perlu anda cakap.


18. Bagi yang dah berkahwin,dalam perhubungan sex,anda anggap keperluan sex pasangan sama je macam anda.

19. Rajin komen yang tak elok tentang ibu bapa/keluarga pasangan anda.

20. Bertindak bahawa semua yang di atas tu,anda tak buat. Pasangan anda yang sebenarnya perlu berubah!

1/27/10

Warkah Cinta Terakhir (Kisah Cinta)

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Disana saya tak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini siapa saya di hati awak ?

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

AWAK!



Awak mungkin jenis perempuan yang boleh menyintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan.

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.



Awak,

Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya;

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)

Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya,



Seseorang pernah berkata,

'If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place'



Awak,

Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.




Awak,

Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik.

1/14/10

Kemaafan warnai cinta sejati

Sukar mempercayai orang yang baru ditemui. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

Dalam sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia. Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan pa danya.

Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan. Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalin perhu bungan:

- Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wa sangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tetapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini, si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

- Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

- Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi meng hargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

- Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

- Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah me nerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, ten tunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.

- Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

- Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini.

Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pa sangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.

- Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

- Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

- Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

- Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi me ngelakkan perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, jalan terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.

1/12/10

Kalau DIA tak jawab call


Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.

1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.

2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.

3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?

4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.

5. Untuk yang no 5 ni saya nak anda pulak berikan tips-tips bagaimana nak buat kalau dia tak jawab call. Sila la berikan tips anda melalui komen di bawah ini.

ps: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.

1/11/10

5 Situasi Gadis Berkecil Hati

1. Bila kekasih beritahu ada gadis lain suka atau minat dirinya. Awas, biarpun mahu bersikap jujur dan bercerita, ia pasti mengundang rasa cemburu.

2. Bila kekasih melayan orang lain terutama wanita berlebih-lebih! Misalnya, jika orang lain yang mengajak, ikut saja tapi kalau kekasih sendiri, macam-macam pula alasan diberi.

3. Jika bertemu rakan-rakannya, kekasih sendiri tidak mahu diperkenalkan. Tidak cukup itu, kita disisihkan dan mereka rancak berborak ibarat kita tidak wujud!

4. Gadis tentu cemburu jika teman lelaki menjawab panggilan telefon jauh-jauh. Motif? Seolah-olah tidak mahu kita mendengar perbualan mereka. Hati tentu mula terfikir berbual dengan siapa sampai sorok-sorok?

5. Terlalu memuji kelebihan yang ada pada wanita lain. Boleh dikatakan semuanya hebat di mata mereka. Hai, patutlah teman wanita sendiri cemburu! Hati-hati ya lelaki!

1/10/10

Menyelami erti cinta

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.


CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.

Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” - Mutafakun alaih.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.

Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.

Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” - surah al-Imran :92.

Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan: “Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” - hadis riwayat al-Tabrani.

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” - Hadis riwayat Bukhari.

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani” - surah al-Imran :31

1/8/10

Banyak persamaan lebih serasi

Memilih pasangan hidup adalah antara keputusan yang penting dalam menentukan hala tuju masa depan. Selepas hidup berdua, barulah kita tahu sama ada pasangan kita mampu membuat hidup bahagia atau sebaliknya.

Setiap pasangan mengidamkan kebahagiaan. Anggapan perkahwinan bagaikan satu perjudian ada kalanya meletakkan individu dalam persimpangan, sama ada meneruskan kehidupan berdua atau memberi titik noktah.

Namun, manusia tidak pernah serik untuk mencari keserasian. Bijak pandai ada berkata, perkahwinan adalah proses menyatukan dua hati berbeza dalam mencari keserasian untuk kehidupan indah berdua.

Jika gagal dalam melayari bahtera berdua, ia bukan bermakna gagal selamanya. Jodoh dan ketentuan memang di tangan Tuhan, namun menjadi tanggungjawab manusia untuk berusaha mencari yang terbaik.

Tidak kenal putus asa dalam mencari pasangan yang menepati ciri peribadi mulia menjadi impian setiap kita. Untuk itu, hapuskan perkataan putus asa dalam kamus diri supaya pencarian yang terbaik akan menemui hasilnya.

Petua mencari pasangan serasi:

- Orang mudah tertawan pada bakal pasangan yang mempunyai persamaan seperti politik, keagamaan serta sikap terhadap harta, wang dan hobi.

- Mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kucing, melancong atau ramai anak.

- Tindakan serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, angkat gelas atau berdiri.

- Tawan hati bakal pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa, seperti sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci atau simpati.

- Dua insan mudah serasi jika mempunyai penafsiran yang sama mengenai hubungan seperti tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian atau pengorbanan.

- Kenal pasti ciri yang disukai bakal pasangan. Bentuk ciri yang disukai ini dalam diri dan pamerkan padanya.

- Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan akan tertarik jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamor.

- Pasangan akan tertawan jika anda dapat bantu mengukuhkan imej diri, rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.

- Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri.

- Pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

- Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai.

- Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

- Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang asli untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialu-alukan dan dihargai.

- Beri penghargaan serta-merta kepada setiap pencapaian bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

- Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih serta bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

- Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan. Nyatakan anda suka kepadanya kerana keunikan itu dan ini akan membuatkan dia rasa istimewa.

- Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu tampan. Justeru, cari bakal pasangan yang sepadan dengan diri.

- Orang yang berasa dirinya bodoh sukar mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan tinggi menyerlahkan kecantikan.

- Wanita mudah tertawan pada lelaki yang budiman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

- Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar selain perbaiki perangai, peribadi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

- Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi dan bertimbang rasa.

- Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti kelelakian yang lain. Bertindak bijak tetapi ‘jangan terlalu bijak’.

- Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya mengenai perasaannya, aktiviti, kegemaran, kebencian atau sebarang perkara berkaitan emosi.

- Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

- Orang lelaki amat pantang apabila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

- Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

- Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki.

- Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.

- Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

- Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak tersirat.

1/6/10

Cinta bukan untuk Pengecut

Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.

Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon.Kalau time `dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.

Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Kucing anda pun suka jugak kat dia.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.

Tapi anda selalu juga tidur tak lena.Tangan kadang-kadang sejuk je.Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”

Anda Takut! Risau!

Apa kena dengan anda ni?

Takde apa pun sebenarnya.Anda berada di peringkat dalam sesuatu perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian dari perasaan anda takut ia berakhir.Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti dari telefon anda.Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.

Apa yang anda sedang lalui,perasaan takut ini adalah normal.Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka,anda akan lebih sayang padanya.Setiap kali sayang ni bertambah… takut dan risau pun bertambah juga.

Anda takut kerana anda baru mengenali si dia,tak begitu kenal dia betul-betul…hati budinya…dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!

Macam-macam soalan ada dalam kepala anda.Dia ni memang hebat,idaman ramai wanita,bila-bila boleh dapat `girlfriend’…tapi kenapa tak kawin lagi? Macam-macam lagilah soalan timbul..

Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon `parents’ dia,adik-beradik,kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.

Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!

Ia perlukan kekuatan,keyakinan diri dan sikap yang positif.

Anda akan `berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan dari rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.

Tapi JANGAN buat begitu.

Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai.Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah,tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda,anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah,mengganggu proses semulajadinya.

Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain.Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.

Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la,apa kau fikir maksudnya ya?”.. Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.

Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.

Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.

Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.

Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.

Apabila cinta makin pudar

Hampir semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap hari, bercakap berjam-jam di telefon, jaga sehingga lewat malam, meminjamkan wang dan sebagainya.
Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya terlalu indah dan membahagiakan. Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama? Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak sampai angka 12 bulan pun.

Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. Jika cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu. Tetapi lebih menyedihkan lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan.

Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.

Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan? Atau adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta hanya berlangsung dalam tempoh tertentu?

Apatah lagi selepas menjengah ke alam rumah tangga, kehangatan cinta akan semakin pudar.

Hakikatnya, bagi kebanyakan pakar psikologi, keterujaan dan kehangatan hubungan percintaan bergantung kepada pasangan terbabit.

Keghairahan semasa menempuh alam percintaan terjadi kerana ketika itulah, masing-masing mengungkap kata cinta, merungkai isi hati masing-masing dan saling menghargai.

Bagaimanapun, apabila hubungan percintaan sudah diisytihar, ramai yang mengabaikan kata-kata cinta, apatah lagi mengambil tahu isi hati pasangan masing-masing.

Tatkala itu, kehambaran cinta akan menerpa dan banyak yang tidak dapat menyelamatkan hubungan itu.

Berikut adalah antara beberapa tip ringkas untuk mengekalkan kehangatan dan keterujaan hubungan percintaan.

Situasi spontan

Jangan sesekali merendah-rendahkan nilai spontan dalam sebuah perhubungan. Biasanya kebosanan timbul dalam sesuatu perhubungan kerana rutin harian yang dilakukan hampir sama dan sudah boleh dijangkakan.

Jangan takut untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti baru yang boleh dilakukan bersama. Atau lakukan kejutan-kejutan tertentu seperti lelaki boleh cuba memasak satu resipi baru untuk makan malam. Elakkan terlalu merancang situasi spontan.

Teroka lokasi baru

Pernah anda makan malam di sebuah kedai yang hampir sama saban hari dengan kekasih anda? Ada pula yang hanya membeli-belah di pasar raya yang serupa. Tidak kurang pula asyik bercuti di tepi pantai.

Pelbagaikan dan terokailah lokasi baru bersama untuk menambahkan keterujaan dalam hubungan. Terdapat ribuan kedai makan, ratusan pusat beli-belah dan pelbagai destinasi percutian di dalam dan luar negara. Mengapa perlu begitu sterotaip?

Hadir kelas atau kursus bersama

Apa kata hadir satu-satu kelas baru secara bersama.

Jika selesa dengan kelas masakan anda boleh mencuba kelas itu. Atau jika tidak terdapat banyak kelas lain termasuklah tarian, gim, pilates, hasil seni dan banyak lagi.

Aktiviti baru yang dilakukan bersama menyebabkan anda mewujudkan satu hubungan saling bergantung dan interaksi yang lebih kerap.

Tidur di hotel atau resort

Atmosfera yang baru akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan. Jangan terlalu terikat – suami isteri perlu tidur dalam bilik di rumah.

Sesekali cuba atmosfera di hotel, resort atau berkhemah di tepi pantai. Ia akan membuatkan anda tidak terlalu bosan.

Beri hadiah tanpa sebab


Ini adalah antara cara untuk mengembalikan hubungan kembali ke landasan yang betul. Pada awal hubungan anda kerap menghadiahkan si dia hadiah, tetapi selepas beberapa lama ia tidak lagi berlaku. Hadiah yang kecil sudah cukup kerana ia menjadi satu tanda atau isyarat si dia sentiasa bertakhta di hati anda. Tidak perlu menunggu hari jadi, hari kekasih atau hari ulang tahun untuk melakukan perkara itu. Bosan bukan?

Berpegang tangan

Ramai yang mengambil sikap sambil lewa pada pergerakan semudah berpegangan tangan. Ramai pasangan hanya berpegangan tangan semasa awal hangat bercinta sahaja tetapi tidak selepas itu. Kenapa begitu? Malu?

Kenapa perlu malu apatah lagi sekiranya hubungan anda itu sudah menginjak ke alam perkahwinan? Memegang tangan, mengusap jari-jemari dan mencium tangan pasangan anda walaupun nampak mudah, tetapi ia satu tindakan yang menyenangkan dan menunjukkan anda ikhlas berkongsi hidup dengannya.

1/4/10

Selamat Tinggal Cinta

Anda baru lepas frust bercinta? Di sini ada panduan untuk melupakan si dia...

Terima Hakikat

Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda . Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda . Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda . Tapi janganlah buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda .

Luahkan perasaan anda

Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda . Mungkin dia tidak banyak
membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat
menghilangkan tekanan anda .

Anda pula dengar luahan mereka

Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda
bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain

Masih tak dapat lupakan si-Dia ? urghhh susah nie . Macam nielaaa kalau masih teringatkan si-Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain ... ahli keluarga ke , artis ke , idola ke ,tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda .. bahaya tu karang jadi lain lak .

Buang semua hadiah dari si dia

Bunga ke ... jam ke ... penanda buku ke .. novel ke .. anda buang sahaja hadiah tu ...mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik . Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si-Dia . Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si-Dia . Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa perlulah buang hadiah tu.



Fikiran wanita yang lelaki perlu tahu

1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..

2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..

3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..

4) Setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..

5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..

6) Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!

7) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!

8) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dgn dia.

9) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!

10) Perempuan lebih suka memikirkan masa depan.oleh itu,kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.

11) Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu,itu bermakna kamu telah benar2 mengguris hatinya!

12) Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..

13) Perempuan paling benci pada janji yg tak ditepati!kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.

14) Pada hari2 tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. tambahan lagi di saat2 dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!

15) Jangan sesekali membiarkan dia dlm masa yg lama.dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..

1/3/10

Mengenal Kelemahan Lelaki

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.


Credit to Dr.HM. Tuah Iskandar

5 Petanda Kamu Sudah Mabuk Cinta

1) Gelisah apabila dia tidak online diruangan chat Gmail atau YM atau MSN. Kamu jadi geram kerana tiada resit si dia memeriksa e-mel kiriman kamu.

2) Sentiasa mencari alasan supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk meminjam VCD. Padahal VCD tersebut baru sahaja adik kamu beli semalam.

3) Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya satu-satu pada si dia.

4) Si dia sering sangat memasuki alam mimpi mu sejak akhir-akhir ini.

5) Kamu melihat bayangan wajahnya di mana saja kamu pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga kamu mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.

5 Ayat Cinta Yang Lapuk!

Penyampai radio HOT fm, Kartini Kamalul Ariffin atau Tini bosan mendengar lima ayat mengurat ini:

1. Hai, boleh berkenalan?

Selalunya digunakan bila kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah hendak berkenalan. Lagipun, kita tahu mereka cuma main-main!

2. Larilah laju sikit!

Biasanya apabila kita sedang beriadah atau joging di taman, ayat inilah yang diajukan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok. Tolonglah!

3. Hai, boleh tak I minta nombor you?

Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! Lebih elok jika dia beri calling card. Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan saya fikir e-mel paling sesuai.

4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun!

Selalunya di parti atau majlis sosial. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum. Kalau hendak, datanglah sendiri.

5. Pheeeewit...pheeewit! Hai kak ngah, kak long, Zizah, Yati!

Pelik lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habis!

Klien Kecinta

Pengunjung Kecinta

Total Pageviews