Kata-Kata Kecinta

********************************************
"Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi Kehidupan Hati dan Perasaan. Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati dengan sayap-sayap asmarah nya. cinta akan selalu ada di hati dan hati akan selalu di isi dengan cinta" ********************************************
"Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniannya." ********************************************
"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat." ********************************************
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya" ********************************************
"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang. ibaratkan seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari." ********************************************
"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekrang, Dan bukan siapa dia sebelumnya" ********************************************
"Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tidak seorang pun pandai menilai cinta. kerana cinta bukanlah suatu objek yang biasa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan." ********************************************
"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya." ********************************************
"Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.." ********************************************
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah. ********************************************
Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu. ********************************************
Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu. ********************************************
Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah. ********************************************
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu. ********************************************
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya. ********************************************
Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya. ********************************************
Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. ********************************************
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas. ********************************************
Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya. ********************************************
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya. ********************************************
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. ********************************************
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda. ********************************************
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya. ********************************************
Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata. ********************************************
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. ********************************************
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya. ********************************************
Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam. ********************************************
Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya. ********************************************
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang ******************************************** "Salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku mencintaimu…” ~ Benji (Mencintaimu)

“Benarkah..bila kita jatuh cinta kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?..” ~ Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya

“Laksana jentayu menanti hujan, hanya terdaya bernafas dengan kehadiranmu..” ~ Kau Laksana Bulan - Aina Emir

“Letakkan cintaku dalam hatimu..hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah..” ~ Hati Yang Luka - Norhayati Berahim.

“Bila takdir mengatasi tadbir, kita akan bertemu” ~ Badai Semalam, Khadijah Hashim

“Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar..” ~ Kasih Seharum Lavender- Eita Ashyta

“Tak usah diucap, tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu ” ~ Adam & Hawa - Aisya Sofea

“Bila kamu sukakan seseorang, kamu sukakannya tanpa sebarang kekurangan. Bila kamu menyintai seseorang, kamu menyintainya dengan kekurangan.” ~ Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris

” Persahabatan dan Percintaan ibarat dua batang sungai yang bersatu di muara” ~ Percayalah - Ruby Hazri

” Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa ” ~ Tiada Noktah Cinta

“Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya ” ~ Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim

“Andai cinta itu bukan milik kita….aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku….jangan biarkan aku ditinggal sepi” ~ Tanpamu disisi - Puteri Andalas

“Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi nilai itu lebih berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan” ~ Rindu Saliha - Anita Abdullah

“Ku cari…Cinta yang tak pernah melukai…Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati..” ~ Dan Mimpi Pun Bersatu - Izza Aripin

“Apabila kesusahan dan kemiskinan mengetuk pintu…. cinta lari melalui tingkap” ~ Manisnya Cinta - Ani Ayuni

“Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai” ~ Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

“Cinta adalah semangat buta.” ~ Karamnya Kapal Var Deck.

“Usah sangka kereta paling mahal tidak memberikan masalah, ada kala ia meragam juga. Usah sangka orang yang seba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakala ia lebih mengerti” ~ Atas Nama Cinta - Lily Suriani

“Jangan kerana guruh bergempita, air ditempayang kau keringkan…
Jangan kerana pelangi yang indah, lampu dikamar kau matikan..
Jangan kerana kerlipan kaca, zamrud ditangan kau lemparkan…
Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan….” ~ Boneka - Abdul Rahim Awang

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.


12/19/09

Membina Kepercayaan Kepada Pasangan

Memang mudah untuk kita jatuh cinta biarpun pada seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai. Tetapi, untuk kita hidup bersama lelaki seperti ini buat sepanjang hayat, itulah yang sukar dilakukan.

Hakikatnya, satu perhubungan yang berkekalan dibina atas dasar kepercayaan. Ia menjadi asas dalam perhubungan kerana mampu mencipta satu persekitaran yang selamat untuk meniupkan api kemesraan. Untuk memastikan perhubungan itu berjaya, anda perlu menaruh kepercayaan pada si dia termasuk berkongsi kisah silam, masa kini dan kehidupan akan datang bersamanya.

Namun, kepercayaan tidak akan datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa yang panjang dan usaha daripada diri sendiri. Perlu juga diingat, kepercayaan mudah tergugat atau berkecai dan ia sebenarnya sukar untuk dipulihkan. Tetapi, jika seseorang itu sanggup berusaha untuk membina kepercayaan, mereka akan memperoleh ganjaran tidak terhingga iaitu satu perhubungan yang memang diidamkan.

Tonjolkan diri anda yang sebenar

Melalui kepercayaan, anda tidak kisah untuk mendedahkan siapa diri anda yang sebenar. Mungkin, kali pertama bertemu banyak cara telah digunakan untuk memikat hati si dia. Namun, kemesraan hanya akan timbul apabila kedua-dua individu yang sedang memadu kasih itu benar-benar mengenali diri masing-masing.

Pasangan perlu mengenali diri anda yang sebenar - bagaimana keadaan jika anda keletihan, marah, kecewa ataupun gembira. Si dia perlu mencintai atau menyayangi diri anda seadanya, bukan mengharapkan anda menjadi individu seperti yang dia ingini. Keadaan itu akan menyebabkan perhubungan tidak akan kekal lama.

Seseorang itu sebenarnya akan rasa lebih tenang jika mendapat tahu bahawa dia dicintai kerana dirinya, bukan disebabkan perkara atau terpaksa berpura-pura menjadi orang lain. Perasaan itu juga akan membuatkan anda menjadi individu yang lebih jujur tanpa timbul rasa takut pada penolakan. Bukankah ia sesuatu yang menyeronokkan.

Berkomunikasi secara jujur

Kepercayaan membuka pintu pada satu komunikasi yang jujur. Sukar untuk anda berkomunikasi secara jujur sekiranya selalu mempunyai anggapan lain terhadap apa yang bakal anda lakukan. Contohnya, apabila ingin melakukan sesuatu, mula memikirkan bagaimana reaksi si dia dan ia juga akan memaksa anda menyusun semula pandangan anda yang sebenar untuk memenuhi agenda si dia.

Komunikasi memerlukan penumpuan. Dr. Geri Forsberg dalam artikelnya, `Kenapa Diri Sukar Berkomunikasi’ telah menggariskan lima panduan untuk membantu seseorang itu berkomunikasi secara efektif.

Tanya soalan. Jangan beranggapan anda memahami apa yang si dia maksudkan. Apabila seseorang itu bertanya beberapa soalan, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk anda benar-benar memahami apa yang dimaksudkan oleh si dia.

Dengar. Untuk menjadi individu yang boleh berkomunikasi dengan baik, anda juga perlu mempunyai keinginan untuk menjadi pendengar agar diri memahami pandangan pasangannya.

Memerhati dan sanggup mengesahkan maklumat yang diperolehi. Biarkan umum mengetahui apa yang anda fikirkan dengan cara berkongsi maklumat tersebut. Malah, langkah mendedahkan informasi mengenai diri sendiri sebenarnya dapat membantu orang lain memahami diri anda sebagaimana anda memahami mereka.

Ingat, kasih sayang akan menutup banyak keburukan. Jika motif anda adalah untuk memahami orang lain dan menerima seseorang itu kerana diri mereka, maka ia akan membuatkan komunikasi menjadi lebih mudah. Tetapi, jika anda ingin seboleh-bolehnya menyakinkan mereka bahawa cara anda paling tepat, ia sebenarnya bukanlah satu komunikasi. Malah, ia juga bukannya cinta.

Bergaduh secara adil. Sebaik anda berjaya berkomunikasi, langkah seterusnya binalah kepercayaan pada pasangan anda. Sebabnya, ia dapat membantu untuk mewujudkan satu pergaduhan yang adil seandainya berlakunya perselisihan pendapat. Andai perlu sedar bahawa bergaduh tidak dapat dielakkan andai diri ingin hidup bersama orang lain. Cuma, adakah pergaduhan itu akan memisahkan diri anda dengannya atau ia mampu menyelesaikan konflik yang timbul dan membuatkan anda bertambah rapat? Semuanya bergantung sama ada anda bergaduh secara adil atau tidak.

Apa itu pergaduhan yang adil? Kebanyakan pakar bersetuju bahawa pergaduhan yang adil apabila berlakunya perkara-perkara seperti :

Topik pergaduhan tidak berubah

Sekarang bukan masanya untuk menyenaraikan perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan si dia. Berbincanglah hanya tentang isu yang sedang digaduhkan. Elakkan daripada menghina atau menjerit-jerit.

Ingat! Asas pergaduhan adalah untuk mencari penyelesaian bukannya menghancurkan hati pasangan anda atau mendesaknya mengalah.

Jika anda tidak menghormati si dia atau dirinya terasa diserang, mereka akhirnya akan berhenti terus daripada mendengar apa yang anda katakan.

Elakkan juga membuat tanggapan rambang dan jangan berganjak daripada fakta. Kenyataan ‘anda selalu’ atau ‘anda tidak pernah’ tidak akan menggambarkan sesuatu yang realiti sebaliknya hanya meletakkan pasangan anda dalam kedudukan bersalah. Kekal pada apa yang berlaku dan luahkan bagaimana perasaan anda.

Membina Kepercayaan

Kepercayaan bukan berlaku secara semulajadi antara dua insan, walaupun mereka mencintai antara satu sama lain. Ia memerlukan usaha. Jika anda pernah dikecewakan pada masa lalu, mungkin agak sukar untuk membina rasa percaya dalam diri.

Membina kepercayaan juga memerlukan masa. Tunjukkan pada pasangan bahawa anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan anda juga mempercayai dirinya. Jika pasangan mempunyai masalah untuk mempercayai seseorang, cubalah mencari jalan untuk mencipta satu persekitaran yang dapat membantu membina kepercayaan. Dengar apa yang diperkatakan. Hormati diri dan pandangannya. Terimalah si dia seadanya.

Dedahkan sejarah kehidupan anda

Tunjukkan pada si dia bahawa anda mempercayainya dan akan membantunya untuk melakukan perkara yang sama.

Jangan bersikap terlalu terburu-buru

Jika anda cintakan seseorang dan inginkan yang terbaik, tiada salahnya menunggu. Jika bercinta dengan seorang yang anda rasa tidak boleh dipercayai, jangan buat tidak peduli mengenainya. Sebabnya, sekiranya anda menghadapi kesukaran mempercayai seseorang, cuba dahulu dapatkan bantuan kaunselor sebelum mengambil tindakan lari daripada satu perhubungan yang mungkin adalah yang terbaik buat anda.

Masa silam sememangnya memberi kesan kepada keupayaan diri untuk mempercayai seseorang. Bagaimanapun, jika itu bukan masalahnya cuma kata hati bersungguh-sungguh memberitahu agar anda berhati-hati dengan lelaki tersebut, maka jadikan ia sebagai satu amaran. Perhatikan dengan teliti siapakah sebenarnya individu itu. Bagaimana dia melayani orang lain dan diri anda. Mungkin juga, kata hati anda telah memberikan satu maklumat yang berguna.

2 comments:

ria abadi said...

utk melaksanakan nasihat di atas..kita harus testing..dan selalunya..waktu testing itu dipanggil couple...bukankah couple tu tak elok?

Anonymous said...

tak yah couple..
Kahwin dan kemudian Couple!
senang sket.. ikut nasihat diatas..
panjang percintaan..

apapun artikel menarik

Klien Kecinta

Pengunjung Kecinta

Total Pageviews