Daripada mengusir sahabat baik kekasih kamu, lebih baik kamu berusaha untuk menjadi temannya juga.
"KAMI cuma sahabat dan tidak lebih daripada itu," jelas Fendi setiap kali Rina berbicara tentang persahabatannya dengan Zana yang diakuinya sebagai kawan baik.
Menurutnya, kekasihnya Rina bukan tergolong di dalam kategori individu yang kuat cemburu buta.
"Saya percaya dengan cinta Fendi tetapi kehadiran Zana dalam hubungan kami membuatkan saya berasa kurang selesa. Saya berasa seolah-olah menjadi orang asing ketika berada di antara mereka," kata pula Rina.
Melihat situasi tersebut, Rina bukanlah seorang yang boleh dikatakan kaki cemburu buta. Hubungan yang dijalinkan selama ini adalah atas dasar saling mempercayai dan ketelusan hati.
"Bukan niat untuk mempersalahkan rakan-rakan wanita Fendi tetapi entah kenapa apabila teringatkan Zana, saya berasa kurang selesa," luah hati Rina.
Pada posisi yang sama, kamu mungkin pernah merasai dilema yang dihadapi Rina bukan? Dan perkara itu jugalah membuatkan kamu berasa serba salah.
Menyuruh dia memilih di antara sahabat dengan kamu, jelas ia bukanlah satu jalan keluar yang bijaksana. Belum tentu pula tuduhan yang kamu lemparkan itu terbukti kebenarannya.
Bagaimana harus diselesaikan? Hendak mengabaikannya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, mungkin kamu tidak sanggup. Untuk sementara waktu, kamu hanya perlu mempertimbangkan kembali hubungan mereka sama ada masih berada di zon yang selamat ataupun dalam potensi yang membahayakan hubungan kamu berdua.
Cuba siasat adakah si dia menunjukkan gejala seperti ini:
*** Bila mereka teman sepejabat, hampir setiap hari mereka menghabiskan waktu bersama. Menikmati makan tengah hari berdua, melakukan tugasan luar bersama, sehingga berani pergi ke tempat yang jauh dari pandangan awam.
Lainlah sekiranya si dia berada bersama teman-teman lain juga. Mungkin kamu dapat menerima situasi sebegitu. Tetapi, hal ini melibatkan mereka berdua sahaja. Hati-hati kerana sesuatu akan berlaku tanpa mereka sedari.
*** Si sahabat karibnya itu memahami setiap inci persoalan dalam hubungan kamu berdua. Bahkan dia lebih kenal setiap pertimbangan dan gelaran diri kamu sendiri. Yang pasti, sahabatnya itu berani mengorek setiap permasalahan dalam hubungan kamu yang bukan urusannya.
*** Mengambil alih posisi kamu. Misalnya, sahabat si dia cuba memberi perhatian yang lebih kepadanya berbanding kamu. Menelefon tanpa mengenal waktu dan tempat atau cuba mengaturkan setiap pergerakan si dia. Paling menonjol apabila pertemuan di antara mereka berlaku hampir setiap hari kerana si dia lebih mementingkan sahabatnya.
*** Si dia kerap berbicara tentang sahabatnya di hadapan kamu dan membanding-bandingkan kamu dengan dia. Kalimat yang seringkali diucapkan, "Zana bukanlah seorang wanita yang mudah mengambil kesempatan terhadap perhubungan kita, dia bukan begitu, dan dia tahu apa yang saya suka".
*** Si sahabat sering mengapi-apikan kamu bahawa dialah yang paling memahami hati pasangan kamu. Dengan bangganya, dia menceritakan sejauh mana keakraban mereka berdua.
Nah, apabila kamu menyedari si dia dan sahabatnya dalam kategori tiga mata di atas, sudah tiba masanya kamu mengambil tindakan yang selanjutnya. Bagaimana?
Ajak bertemu
Apabila si dia dilihat sering menghabiskan waktu bersama, katakan padanya kamu ingin bertemu dengan sahabatnya itu. Jika dia menolak, kamu sebaiknya berwaspada.
Ini kerana, si dia bimbang sesuatu perkara akan timbul di antara mereka. Situasi ini sememangnya perlu dititikberatkan.
Tidak bertanya, curiga jadinya
Jangan terburu-buru melemparkan tuduhan melampau atau buruk sangka apabila melihat keakraban mereka. Lihat pada situasi atau keadaan ketika itu dan cuba mempersoalkannya secara profesional.
Harus diingatkan, apabila kamu bertanya dalam tutur kata yang lembut atau dalam nada seolah-olah ia bukanlah satu persoalan besar, mungkin si dia akan menjelaskannya. Justeru, ketika berbicara, tatap mata dan bahasa tubuhnya, adakah si dia jujur berkata-kata ataupun tidak.
Jangan menyalahkan si sahabat
Walaupun marah atau benci sekalipun, janganlah mengutuk atau membuat tuduhan kepada sahabatnya di hadapan si dia. Nescaya, kamu tidak akan dibela olehnya, malah sebaliknya.
Persoalan ini sebenarnya melibatkan kamu dan si dia. Apakah yang membuatkan hubungan kamu tidak selesa? Apakah yang membuatkan kepercayaan kamu kepadanya kian luntur? Hal ini perlu dicari punca penyebab dan jalan penyelesaian.
Berterus-terang
Bicarakan kegelisahan kamu selama ini terhadapnya. Ketika berbicara, fokus pada permasalahan bagaimana persahabatan mereka mengganggu hubungan kamu berdua.
Katakan saja, 'sekarang kamu berada di sisi saya, jangan asyik menelefon dan bermain mesej sahaja, ini menyebabkan kita tidak mempunyai banyak masa untuk bicara.' Sekiranya, dia bertanyakan adakah kamu mencemburui akan hubungannya dengan sahabat? Katakan dengan tegas, 'Ya, saya memang cemburu.'
Manfaatkan si dia
Daripada memusuhi atau mengusir sahabatnya, lebih baik kamu berusaha menjadi temannya juga. Ambil dari sudut positif. Dengan cara ini, kamu mempunyai kesempatan untuk mengawal pergerakannya dengan si sahabat. Kamu juga berkesempatan mengenal erti persahabatan dalam hidupnya.
3 comments:
i have been in this situation before which this girl 'his sms bestfriend' always smsing him...night or day..she doesnt care..until one day i took my bf's hp and saw so many messages and pics of that girl..but he said she was his bestfriend but if only a bestfriend why he kept that pics and all messages in his phone??..since that day until today i dont believe in him and always said that he has feeling for that girl..yet i've got the oppurtunity to ask that girl and she said that was nothing..but yes i knew that she has feelings for my bf..i dont know how to settle this things..i dont believe him and that girl said nothing between them but always smsing him...and until today she wrote about my bf...but still denying..was that my fault seperate them as best buddies???
missha!
wanita adalah pengerak jiwa lelaki, apa kata bawa berbincang baik bahawa dia masih ada hati dengan awak atau tidak..
atau untuk lebih memberangsangkan, cuba cari kenalan lain (lelaki atau wanita) yang menyamar sebagai lelaki dan bawa ber-SMS. bila dia (bf) awak tak kisah maka dia tak ada hati dgn awak, tapi bila dia (marah/cemburu/bising sana bising sini).. bagitau dia..
"hanya kawan karib"....
letakkan gambar2 artis2 lelaki maskulin (yang dia tak kenal)..
dan bila dia masih (marah/cemburu/bising sana bising sini)
"hanya kawan karib"..
*** TETAPI : sembunyikan no.tel tersebut..
Bila satu saat dia MELETUP macam gunung berapi..
ko kata kat dia..
"awak pun macam tu juga, aku tak marah. ko mula yang buat.. aku ikut je langkah U."
hehehe.. settle..
dari situ kita "TEST" hati dia..
selamat mencuba!!~
**** PENAFIAN
- Segala tips2 adalah tanggungjawab sendiri. dan jangan di salahgunakan.. heheh
Post a Comment