Tingkatkan kesabaran dalam berdepan kemelut hubungan kerana sikap baran boleh menyebabkan pasangan anda menjauhkan diri.
Kemarahan adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya.
Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.
Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional.
Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.
Dalam soal cinta, adakah anda seorang yang berjaya mengawal emosi? Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku, adakah penyelesaian akan diiringi dengan cara mengherdik atau menengking? Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat mengawal perasaan, kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.
Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu, adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan paras kesabarannya. Selain berfikir secara rasional, berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung.
Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar. Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah diberi secara saksama. Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka yang mempunyai pasangan yang panas baran.
Berdiam diri
Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar butir bicara itu sebagai input penyelesaian. Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.
Menjauhkan diri buat seketika
Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.
Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.
Berikan masa untuk reda
Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya. Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.
Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.
Memilih corak percakapan
Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda. Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.
Terapi minda dan fizikal
Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.
Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.
Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu, kita masih perlu berharap dan berdoa.
Kata-Kata Kecinta
3/24/10
Hadiah Terbaik Lelaki
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Wednesday, March 24, 2010
Sudah namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini.
Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki.
Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini.
Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki.
Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki.
Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.
Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.
Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din berkata, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai.
Dr Mohd Fadzil berkata, secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.
“Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.
“Ini dapat dilihat daripada bentuk hadiah yang diterima lelaki daripada kumpulan rakan-rakannya dengan mengambil kira kesesuaian kriteria hadiah serta bajet yang mengikut kemampuan,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.
Ditanya apakah erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, Dr Mohd Fadzil berkata, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka.
“Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita.
“Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan,” katanya.
Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, Dr Mohd Fadzil berkata, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia.
Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki.
“Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah.
“Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita... Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.” katanya.
Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal.
Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama.
Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar.
Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua!
Hadiah idaman lelaki:
10 hadiah istimewa yang mungkin mewakili karektor dan hobi lelaki moden. Perhatikan, tiada minyak wangi, kemeja atau dompet yang seolah-olah menjadi ‘hadiah wajib’ buat lelaki.
Anda mencari-cari hadiah terbaik untuk teman lelaki? Tip ini mungkin ada jawapannya...
1. Jersi bola sepak
Jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak kelab pujaannya. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tunggu apa lagi?
2. Telefon iPhone
Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.
3. Monitor LCD kereta
Buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa monitor LCD kereta. Bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan dalam kereta bersama.
4. Sport rim
Masih lagi berkisar soal kenderaan. Sport rim terbaru dengan reka bentuk maskulin cukup untuk menambat hati si dia!
5. Tiket perlumbaan F1 Sepang
Andai masih tercari-cari hadiah berbeza untuk si dia, apa kata beli saja tiket perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 yang dijangka berlangsung di Litar Sepang pada 2 hingga 4 April ini.
6. Permainan video
Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.
7. MP3
Fenomena muzik tiada batasan. Begitu jugalah dengan teknologi muat turut lagu termasuk gajet MP3 yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat orang tersayang. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!
8. Kasut futsal
Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai! Ia juga membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.
9. Set mengurut elektronik
Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini?
10. Kejutan majlis hari jadi
Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.
Oleh Fairuz Zaidan

Subscribe to:
Posts (Atom)
Klien Kecinta
Total Pageviews
Muat-turun Artikel
kecinta.blogspot.com