Kata-Kata Kecinta
Blog Archive
-
▼
2009
(118)
-
▼
October
(14)
- Ada Kebenarannya
- Simpan Rahsia Cinta
- Wanita Tulang Rusuk
- Tips Cairkan Hati Lelaki
- Kawal Fikiran Elak Cemburu
- Mengapa Perpisahan Berlaku?
- Gerak Hati Jodoh
- Sakit Ini Di Mana Penghujungnya?
- Renungan Kata Pengisian Jiwa
- Apakah erti kerinduan?
- Hargai Anugerah Cinta
- Ulasan Kata Cinta
- Hidup Tanpa Sebuah Cinta
- Cara Membuat Hidup Ini Amat Bermakna
-
▼
October
(14)
10/30/09
Ada Kebenarannya
*Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
*Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
*Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.
Walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
*Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
*Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’,
'selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi.
Walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,
Menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
*Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
*Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
Dan saat itu, matanya pasti berkaca.
Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
*Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
*Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga.
Walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
*Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
*Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
*Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
*Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
*Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
*Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.
Pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ .
*Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
*Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
*Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
*Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!
Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
*Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
*Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
*Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.
*Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
10/29/09
Simpan Rahsia Cinta
Lelaki yang tahu menyimpan rahsia sangat penting kepada seorang gadis yang ingin belajar bercinta. Semua anak gadis tentulah tidak mahu percintaan dia diketahui umum. Maklumlah kebanyakan gadis pemalu kerana budaya kita mengajarkan begitu.
Setiap nafas sayang, setiap ungkapan kasih dan setiap perlakuan cinta adalah rahsia pasangan berkenaan. Orang lain, termasuk orang yang paling rapat tidak layak mengetahuinya. Rahsia cinta adalah rahsia termahal dan tidak boleh dijual beli. Sekiranya rahsia cinta terbongkar maka ianya bukan cinta yang terindah.
Oleh itu, setiap gadis yang ingin bercinta, pilihlah lelaki yang menghargai rahsia di sebalik cinta sebagaimana dia menghargai dirinya. kalau boleh cuba risik-risik terlebih dahulu. Kalau lelaki jenis mulut murai batu, larilah jauh-jauh kerana dia akan memalukan pasangan kemudian hari. Lelaki jenis mulut tempayan juga sangat berbahaya. segala selok-belok percintaan pasti diceritakan kepada semua kawannya.
Aku sendiri ada ramai lelaki jenis begini. Dia keluar dengan siapa, makan dengan siapa dan tidur dengan siapa semuanya diceritakannya. Perkara begini dianggap remeh oleh kebanyakan lelaki, tetapi tidak bagi wanita. Oleh hal demikian, berhati-hati memilih lelaki untuk bermain cinta kerana tersilap pilihan malu dibuatkan.
Seandainya aku dikurniakan seorang putera, aku akan katakan kepada dia begini:"Apabila bercinta, simpan rahsia cinta kalian berdua selama-lamanya!"
Lelaki ada satu tabiat yang aku paling benci walaupun aku juga lelaki, iaitu suka bongkar rahsia cintanya kepada kawan-kawan. Aku tak suka benar orang tak menghargai rahsia cinta. Bukan semua perkara yang berkaitan cinta boleh dihebohkan kepada kawan-kawan. Ada perkara tertentu yang menjadi rahsia kalian berdua sahaja.
Sesetengah lelaki begitu berbangga apabila berjaya memikat hati si gadis idaman ramai jejaka. Kerana kebanggaan tersebut dia menjaja kisah cintanya kepada orang lain. Bagi dia segala perlakuan cinta tiada rahsia. Oleh itu, apa-apa sahaja yang dilakukan atas dasar cinta akan dibisik ke telinga sahabat-sahabatnya. bisikan tersebut tersebar perlahan-lahan sehinggalah akhirnya rahsia menjadi bukan rahsia lagi. Siapa yang malu? Si gadis dan keluarganya yang akan menanggung malu.
Aku namakan lelaki begini sebagai bodoh dan tidak bertanggungjawab. Dia bodoh kerana tidak dapat membezakan yang mana rahsia dan yang mana bukan rahsia. Dan dia tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan rahsia mereka berdua kepada orang lain. Inilah kelemahan utama lelaki apabila bercinta. Gemar mengkhabarkan perkara yang mungkin memalukan orang yang dicintainya kepada umum.
Oleh itu, lelaki harus bijak dan matang dalam soal ini. Sekiranya cinta tersebut berakhir dengan pernikahan, okeylah. Tetapi bagaimana kalau cinta tersebut cuma sekerat jalan? Sebagai lelaki perasaan bertanggungjawan dan menghargai pasangan kekasih mesti diutamakan.
Bagi wanita cinta merupakan rahsia pasangan bercinta, tetapi bagi lelaki tiada rahsia dalam cinta. Oleh itu, wanita tidak suka mendedahkan percintaannya. Sementara lelaki pula suka mendedahkan percintaan kerana itu adalah satu kebanggaan. Cinta tidak mungkin dapat disembunyikan selama-lamanya. Malah lelaki dan wanita begitu bangga apabila bercinta dengan pasangan idaman hati. Tetapi dalam percintaan ada perkara tertentu yang menjadi rahsia dan tidak boleh didedahkan sama sekali. Namun, ramai lelaki yang memandang remeh hal ini.
Lelaki harus menghormati orang yang dicintainya dengan tidak membuka rahsia cinta antara mereka berdua biarpun cinta tersebut ditakdirkan gugur sebelum matang!
Wanita Tulang Rusuk
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak, "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang
rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
***
10/25/09
Tips Cairkan Hati Lelaki
Pelbagai petua dan tips untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.
Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.
Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.
1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.
.
10/23/09
Kawal Fikiran Elak Cemburu
dalam kebanyakan perhubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sedar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.
Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.
1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tiada.
2. Dia menelefon kita semasa mesyuarat dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mahu bercakap dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.
3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.
7. Dia tidak suka ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.
8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.
Sekarang mari kita belajar cara mengatasi sifat cemburu ini.
1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.
3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.
4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.
6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?
7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan,
bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.
9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha cantik, kita patutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.
.
Mengapa Perpisahan Berlaku?
Sebagai manusia, kita tentu ada membuat kesilapan. Langkah sebaiknya ialah mencari silap yang membawa kepada berlakunya perpisahan itu.
Kadang-kadang, kesilapan itu memang disedari cuma masih tiada jalan penyelesaiannya.
Untuk tidak mengulangi kesilapan, pelajari sesuatu daripada kesilapan itu kemudian, bertindak segera supaya tidak berterusan.
Renungkan perkara berikut jika ia pernah berlaku pada diri anda, sekali gus menjadikannya kayu pengukur supaya anda berhati-hati melakar jalinan hubungan seterusnya.
# Si dia tidak menyintai aku
Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dilamun cinta.
Ingin tahu sejauh mana kasih dan sayang si dia, anda pun menguji dirinya.
Malangnya, setiap ujian diberi memberikan jawapan mengecewakan. Lantas anda mula ragu-ragu walaupun sudah berulang kali si dia melafazkan kasih sayangnya. Anda sangka menguji si dia dapat membantu, tetapi berlaku sebaliknya.
# Si dia tidak memenuhi syarat
Jika ditanya, banyak syarat untuk si dia, antaranya tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar dan bermisai.
Tetapi pertama kali bertemu, hati sudah terpaut. Jantung bergetar setiap kali bertentang mata dengannya.
Saat itu, syarat ditetapkan bukan lagi menjadi ukuran lalu anda mula berkata pada diri sendiri, si dia di depan mata kini bukanlah kekasih yang dicari selama ini.
Sebenarnya anda keliru. Syarat yang ditetapkan hanya impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Sekiranya anda terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat itu, sampai bila-bila pun anda mungkin tidak akan menemuinya.
# Terpaksa berpura-pura
Memang bahagia jika anda dan si dia sering sehaluan. Apa saja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Ini yang dikatakan sehati sejiwa terutama dalam soal percintaan.
Diajak makan di restoran atau menonton wayang, dia mengangguk. Tiada langsung bantahan, tetapi adakah ia benar pada hakikatnya?
Atau anda terpaksa berlakon sekadar memuaskan hati masing-masing?
Sebenarnya anda menyembunyikan 'identiti diri' sendiri kerana apa saja yang diputuskan, anda mengiyakan saja. Sepatutnya anda tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang antara jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan si dia.
# Aku boleh jadikannya kekasih pilihan hati.
Sebelum menjalinkan percintaan, mungkin anda sudah ada senarai mengenai beberapa perkara yang perlu diubah dalam dirinya.
"Aku mahu dia menjadi kekasih terbaik untuk diriku." Itu janji anda pada diri sendiri.
Anda memang boleh berbuat demikian, tetapi tidak dalam semua perkara. Anda tidak boleh sentiasa berkeras dan tidak perlu memberitahunya setiap lima minit mengenai perkara yang anda tidak sukai.
Jika masih ingin mengubahnya, perubahan itu mestilah disertai sokongan moral anda sendiri. Dorongan itu akan lebih meyakinkan dirinya.
# Dibiarkan sendiri
Sejak bercinta, anda sering bersama si dia. Apabila ada salah faham, ia menyebabkan pertengkaran. Ini antara kesilapan yang sering dilakukan setiap pasangan dan kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.
Anda sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut' kerana anda menganggap si dia sebagai pelindung lalu perasaan bimbang mula menguasai diri setiap kali berenggang dengannya.
Anda sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Belajar berdikari dan pasti anda akan menjadi kebanggaannya.
Gerak Hati Jodoh
Bagaikan ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan.
Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik?
Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.
2. Terima anda seadanya
Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
3. Saling mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung.
Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
4. Memahami diri anda
Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda.
5. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.
Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.
6. Mimpi
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.
7. Kata hati
Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa.
10/20/09
Sakit Ini Di Mana Penghujungnya?
Jatuh tangga sakit, tetapi jatuh cinta lagi sakit. Lazimnya orang yang kecundang dalam percintaan yang sakit. Orang jatuh cinta tidak sakit. Orang jatuh cinta hanya suka berangan-angan. Pagi dan petang pasang angan-angan. Berdiri berangan, duduk pun berangan. Masa tidur usah dicakap lagi. Angan-angannya mengalahkan Mat Jenin. Nasib baik tidur atas rumah. Kalau tidur atas pokok macam orang zaman rimba, jatuh ke tanah jawabnya. Dalam angan-angan ada senyum. Dalam senyum ada sindiran. "Woi, gilakah senyum sorang-sorang!"
Orang lain tidak tahu kerana bukan dia yang jatuh cinta. Mana ada orang jatuh cinta senyum seorang diri. Dia senyum dengan buah hati dia. Oleh sebab buah hati dia itu cuma mata dia sahaja yang nampak, mata orang lain tidak nampak, maka orang akan kata dia gila. Biasalah orang jatuh cinta. Senyum seorang diri pun bahagia.
Tetapi ada sejenis jatuh cinta yang amat sakit. Lebih sakit daripada jatuh tangga. Bukan cinta sejenis. Itu cinta songsang tidak masuk dalam kamus cinta aku. Cinta akan jadi satu kesakitan apabila hati terpaut pada kawan karib sendiri; kawan yang sudi ketawa dan menangis bersama. Kenapa, sakitkah mencintai kawan karib? Sakit sekali apabila kawan karib itu kita tahu hatinya terpaut kepada orang lain. Hati kita tersangkut pada dia, tetapi hati dia tersangkut pada hati orang lain.
Kalau bukan kawan karib tidak jadi hal. Kita boleh angkat kaki dan belah sahaja. Cari haluan lain yang tidak perlu menatap muka dia setiap hari. Tetapi kawan karib sukar untuk kita melarikan diri. Kita sayang kepada dia kerana dia kawan kita. Kawan karib bukan senang dicari. Kawan yang hanya reti menumpang ketawa bukan karib namanya. Kawan karib ialah kawan rapat yang sedia berkongsi suka duka. Bagaimana kita hendak mengelakkan diri?
Meluahkan isi hati bukan sesuatu yang baik kerana kita tahu dia suka orang lain. Memendam rasa kita pula yang sakit. Lazimnya kawan karib sepejabat dengan kita. Hampir setiap hari berjumpa, bersua dan bertegur sapa. Sakit akan datang apabila kita melihat dia berbual telefon lama-lama dengan orang lain. Sakit pasti menjelma apabila dia sering membalas senyum dengan kawan lain di depan kita. Sakit tentu muncul setiap kali ada orang keluar makan dengan dia tanpa mengajak kita. Walaupun kawan karib, kita dengan dia tidak bersama dua puluh empat jam. Masa tidak bersama itulah sakit kita berdenyut-denyut. Sakit yang keterlaluan, resah yang tidak keruan dan bimbang yang tidak menetu adalah tanda cinta kita semakin mendalam. Kita dilanda penyakit cemburu. Kita cemburu pada setiap orang yang menghampiri dia. Kita cemburu walaupun dengan bos di pejabat. Kita resah apabila dia menghilang diri dalam bilik bos terlalu lama.
Dua perkara yang patut kita lakukan, itupun sekiranya berani.
Pertama, luahkan isi hati kita dan bersedia menerima kenyataan seandainya terpaksa kehilangan seorang kawan yang baik.
Kedua, pendamkan perasaan dan biasakan diri dengan kesakitan-kesakitan yang ada dan yang bakal muncul.
Kalau anda memilih cara pertama, pilih masa dan suasana yang sesuai untuk membuka bicara. Jangan mendesak. Kita kena beringat bahawa dia kawan karib kita bukan kawan biasa. Kita tentu tidak mahu dia membenci kita. Oleh itu, berhati-hati dengan cara pertama kerana akibatnya sama ada CINTA atau MUSUH. Jarang sekali kita dapat kekalkan pertalian persahabatan abadi dengan orang yang menolak cinta kita.
Kalau anda memilih cara kedua, terdapat beberapa perkara harus dipatuhi. Pertama, jangan tunjukkan sebarang reaksi yang kita mencintai dia. Seandainya dia sedar kita mencintai dia dan dia pula tidak mencintai kita, dia akan serba salah dan susah hati. Kita juga akan sakit apabila tahu bahawa dia menyakitkan kita, kawan karibnya.
Kedua, jangan sesekali menunjukkan sikap cemburu walaupun perasaan itu ada. Sekiranya dia sudah berpunya, dia akan meluat apabila kita cemburu kerana kita bukan orang teristimewa dia. Cemburu ini bukan hanya kepada kekasih. Kepada kawan pun ada perasaan cemburu. Oleh itu, kawal perasaan cemburu.
Ketiga, jangan terlalu dekat dengan dia masa berjalan, berbual, atau makan. Jarak yang terlalu dekat menyebabkan kemungkinan kita dan dia akan bersentuhan. Bersentuhan walaupun secara tidak sengaja akan "menghangatkan" perasaan yang akhirnya kita sendiri menjadi semakin sakit. Dia tidak sakit kerana dia tidak ada perasaan cinta kepada kita.
Walau apapun, keputusannya di tangan anda. Anda boleh memilih cara pertama atau kedua, atau anda ada cara ketiga yang lebih baik!
10/15/09
Renungan Kata Pengisian Jiwa
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……
10/9/09
Apakah erti kerinduan?
Kamu tahu apa rasanya merindui seseorang? rindu itu sebenarnya adalah satu rasa kesakitan, kesengsaraan, kekeliruan yang lahirnya terus dari hati kita. Mengapa aku katakan begitu? kerana sebenarnya kerinduan itu lahir dari rasa kebimbangan. Bila kita mulai rasakan cinta itu cuma lahir dari hati kita sahaja, dan bukan dari dia. Atau rindu itu adalah rasa kehilangan yang bercambah dari fikiran kita. Maka saja kita jadi resah gelisah, rasa apa yang ada di tangan kita seolah-olah mahu beransur pergi. atau kekhuatiran yang si dia, kesayangan kita tidak merasakan apa yang sedang kita rasa saat itu. Ingin sahaja kita jeritkan namanya. mahu sahaja kita kejutkan dia dari lenanya di dini hari. Seolah-olah mahu memberitahu dia, kita sedang mengingatinya. Hinggakan kita tidak dapat tidur kerana mengenangkan dia. mahu sahaja dia berada di depan mata ketika itu.
Mahu melihat betapa lenanya tidurnya, atau memerhatikan hela nafasnya ketika itu. Hati kita pastinya merintih ketika merinduinya bukan? tetapi mungkin sesetengah dari kita merindui seseorang yang tidak pernah merasai kewujudan kita. Kita ini bukannya sesiapa pada dirinya. Cuma kita jadi kerinduan sendiri. kerana si dia itulah yang telah kita putuskan sebagai insan idaman. Insan yang selama ini menjadi buruan hati. Dialah insan yang telah membawa kita ke alam khayalan. Dunia khayalan karya perasaan kita sendiri. kerana di dalam hati, tiada sesiapa yang lain kecuali dia. Cuma ada bayangannya setiap detik, dan kita terbuai sendiri dalam dunia ciptaan kita sendiri. Membayangkan dia akan memberi kita ruang untuk mendekati dirinya, memberi kita waktu untuk menawan hatinya. Tetapi kenyataannya, dia itu memandangi kita seperti sesuatu yang tiada apa-apa. Walaupun dengan sebelah matanya. kerana padanya, mungkin telah ada seseorang yang istimewa.
Siapalah diri ini dibandingkan dengan dia yang teristimewa. maka, terciptalah alam khayalan ciptaan imaginasi kita sendiri. suatu perasaan yang lahirnya dari hati, yang memaksa fikiran minda mencipta apa mahunya kita. Seperti kita terpesona dengan apa yang telah dibaca dari novel cinta ciptaan si penulis romantis, kita juga mula mereka sesuatu dalam fikiran. Yang pastinya kita dan dia menjadi teraju utama. dialah orangnya, dan kita pula kekasih hati yang begitu mencintainya. Dan ini semua bermula dari rasa kerinduan itu. kerinduan terhadapnya yang dalam diam-diam telah kita serahkan jiwa dan raga. Pagi ini, ada kerinduan dalam hatiku. Aku jadi tidak keruan. Entah mengapa rasa ini semakin menebal. salahku juga, aku sudah mencipta sesuatu yang tidak sepatutnya diwujudkan dalam hati ini lagi. mungkin aku terbuai perasaan di kala aku bersendirian sekarang. Mungkin perasaanku sudah tersentuh dengan ketiadaan sesuatu yang sedang aku cari.
Walaupun aku tahu, belum ada kepastian untuk hal itu menjadi kenyataan. Namun ingatan itu tetap tidak dapat membuat aku terlena pagi ini. Mungkin aku terlalu kuat berkhayal, kerana aku jadi sukar untuk melelapkan mata. Akhirnya kerinduan itu benar-benar menyakitkan. Benar-benar mengelirukan. Benar-benar menyesatkan akalku. Atas desakan hati, akal kini sudah jadi tidak ketentuan. Semuanya kerana lahirnya kerinduan itu. Kerana lahirnya kebimbangan itu. Kerana lahirnya rasa kehilangan itu. Tanpa rindu, maka mana akan lahir rasa cinta, bukan? Deru waktu akan terus berlalu, dan akan bakal menghanyutkan kita dalam khayal. Akan tumbuh bercambah pengharapan dalam diri.
Mengharapkan kesempurnaan akan terlahir dari apa yang dirasai saat ini. Dan membawa aku terbenam dalam bebanan perasaan agar semua jadi kenyataan. Dan untuk si dia, pasti akan ada suatu waktu, untuk melahirkan jalinan kasih dalam hidup. Alangkah bahagianya aku dalam angan ini. Menanti, dan terus menanti, ketika dalam kesunyian diri. Menanti dan menanti lagi. Hingga akhirnya tiba saatnya aku akan terlena dalam senyuman. Mengingatinya dalam kerinduan malam.
10/7/09
Hargai Anugerah Cinta
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.
Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.
Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.
Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.
Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.
Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.
Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.
Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.
Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.
10/5/09
Ulasan Kata Cinta
Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai”
daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi
terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar
untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan
terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti,
kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu
itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka
teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata
tu menyapa air mata yang satu lagi,
“Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu, “Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu
begitu sahaja.”
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari
kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita
sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.
Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.
Menyayangi/mencinta i itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain
ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut
hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
Apa kata seseorang memberitahu anda ini “Saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian
bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa
cuba memenangi) anda selamanya… “
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau
cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang
tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih
sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.
Apabila anda bercinta, ia bukan ‘passport’ untuk anda difahami;
tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘passport’ untuk anda mengambil
itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda
mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda
berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini.
Ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk anda
mencintai.
"People Will Forget What U Said,
People Will Forget What U Did,
But People Will Never Forget How U Made Them Feel"
Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya
untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap
hati dan perasaan itu adalah hak Allah…Allah Maha Pengasih, Maha
Penyayang dan Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti
ada balasan dari-Nya… BERINGATLAH. ..
10/3/09
Hidup Tanpa Sebuah Cinta
Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.
Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.
Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
* Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
# Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.
Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
# Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
# Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.
Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
# Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
# Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.
10/1/09
Cara Membuat Hidup Ini Amat Bermakna
1) Ingatlah mungkin anda tidak mendapatkan apa yang anda inginkan tetapi seringkali hal itu adalah sebuah keberuntungan yang baik. Tidak selalu mendapatkan apa yang anda mahu seringkali bererti bahawa ada sesuatu yang lebih baik berada di bali cakrawala. Anda perlu untuk bersabar dan tenang. Hal itu pasti akan datang pada waktunya.
2) Saat anda menyedari anda melakukan kekeliruan, segera ambil langkah-langkah perbaikan. Cepat ambil tindakan untuk menyelamatkan hubungan anda, menjelaskan kesalahan serta salah erti, dan lakukan tindakan yang diperlukan untuk menjaga keadaan dari kehancuran.
3) Hiduplah dalam kehidupan yang baik dan penuh kehormatan. Dengan demikian, maka pada saat anda tua dan menoleh ke belakang kehidupan, anda dapat menikmatinya untuk kali kedua . Hidup dalam kehormatan bererti anda meninggalkan warisan yang dapat diikuti oleh orang lain. Kemudian, anda dapat melakukan refleksi dan menikmati kembali saat-saat tersebut.
4) Suasana rumah yang penuh kasih sayang adalah pondasi hidup anda. Lakukan semua yang anda bisa untuk menciptakan suasana rumah yang harmonis dan tenang. Hal-hal kecil itu berharga, baik bagi anda mahupun orang lain. Nyalakan lilin beraroma di kamar anda, tiuplah busa-busa sabun dalam kamar mandi anda dengan musik lembut mengiringi. Tinggalkan pesan pada bantal pasangan anda atau keluarga anda yang menyatakan cinta kasih anda Saya Sayang Kamu.
5) Ingatlah: hubungan yang terbaik adalah hubungan di mana kasih anda untuk yang lain melebihi diri anda dari yang lain. Jadilah orang yang saling ketergantungan, bukan orang yang tergantung atau ikut-ikutan tergantung.
6) Kejujuran dan kepercayaan adalah hal yang paling penting dalam semua komunikasi anda dengan sesiapa, apatah lagi orang tersayang.
7) Tak seorang pun yang peduli seberapa banyak anda tahu sampai mereka tahu seberapa banyak anda peduli. Pesanan yang terbaik datang dari hati Tanamlah benih, lalu ambillahjarak, biarkan ia tumbuh, dan amatilah bagaimana benih itu bertunas. Sekali dalam setahun, pergilah ke suatu tempat yang belum pernah anda kunjungi. Tambahkan kegembiraan anda dengan membaginya pada orang-orang yang special di hati anda. Ciptakan kenangan. Menjelajahi tempat-tempat baru, mencapai cita rasa baru, mengalami pengalaman baru, dan bertemu kenalan-kenalan baru dapat membawa anda lebih dekat dan memperkaya makna hidup anda.
8) Hargailah hal-hal kecil. Berkongsilah dengan rakan-rakan baik anda, contohnya cokelat yang anda miliki. Sekalipun, semua itu adalah hal-hal kecil. Namun, hargailah.
9) Hubungi dan teleponlah mereka yang sudah lama tidak berhubungan dengan anda, hanya sekadar menunjukkan perhatian anda. Kebanyakan daripada rumahtangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.