Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepenjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-
DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.
JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya
SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru
PEJALAN KAKI
Biarkan si dia beralu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti
JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji
JALAN SEMPIT
ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri
AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain
JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!
p/s : hehehehe...
Kata-Kata Kecinta
8/17/09
8/11/09
Tips Menyemarakkan Cinta
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Tuesday, August 11, 2009
1.Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
2.Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
3.Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
4.Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia.
5.Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
6.Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
7.Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
8.Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
9.Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10.Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Tips : 'Dating' Di 'Internet'
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Tuesday, August 11, 2009
Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat ‘dating’ setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.
1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.
2. Gunakan e-mel, YM, ICQ atau IM terlebih dahulu untuk berkomunikasi. Jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.
3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia merupakan pasangan yang anda cari.
4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.
5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat-maklumat tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.
6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat-niat tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.
7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura-pura dalam Internet.
8. Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.
9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja. Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga-jaga jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.
Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama
1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.
2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.
3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.
4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.
5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.
Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya
1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.
2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.
3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

Kualiti Lelaki Yang Menawan Hati Wanita
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Tuesday, August 11, 2009
1. Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.
2. Lelaki Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya
3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.
4. Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.
5. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.
6. Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.
8/3/09
Rahsia Menambat Hati Kekasih!
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Monday, August 03, 2009
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Jikalau Anda Ragu Kejujuran Pasangan
Posted by
Mr.KC & Mrs.KC
at
Monday, August 03, 2009
Masa bercinta adalah masa di mana anda memilih pasangan paling sesuai. Bermula dengan mencari titik kesesuaian sifat, kebaikan, kejujuran dan masih banyak lagi hal-hal yang perlu anda pertimbangkan.
Namun ketika anda merasa sudah menemukan seseorang yang dirasakan paling dekat, diidamkan, tiba-tiba muncul keraguan terhadap pasangan. Benarkah dia dapat melindungi dan membahagiakan anda? Dan mungkinkah masih ada sederetan pertanyaan yang sukar diperolehi daripada pasangan anda. Jika dalam diri anda timbul keraguan dan itu menjadi hambatan hubungan tersebut, ada beberapa langkah yang mungkin dapat membantu anda, agar tidak kehilangan punca.
1. Dengarkan Kata Hati
Anda harus perhatikan keraguan hati anda dalam menghadapi pasangan. Kerana keraguan yang ada dari kata hati anda itu dapat mengutarakan kepada anda dan menjadi tempat bagi perubahan yang akan anda lakukan.
2. Analisis Keraguan
Anda sebaik-baiknya menganalisis pesan yang terkandung dalam keragu-raguan anda menghadapi pasangan. Apa sebenarnya yang anda takutkan, apa ada masalah besar dengan situasi yang sedang anda hadapi. Atau apakah anda berada dalam ancaman dan emosi yang besar. Tanyakan pada diri sendiri, apakah anda takut akan perkembangan atau perubahan? Mengakui ketakutan anda adalah langkah awal yang bagus. Kerana yang tahu hanyalah anda sendiri.
3. Memutuskan
Putuskan apa sebenarnya yang anda inginkan untuknya. Apakah tujuan anda itu sesuai untuk diterapkan, apakah anda sedia menanggung risiko dari langkah yang akan anda ambil.
4. Memilih
Memilih untuk bertindak atau tidak sama sekali dalam menghadapi masalah pasangan anda., lakukanlah dengan senang hati dan hati yang tegar. Temukan cara untuk menikmati pilihan apa pun yang telah anda pilih atau putuskan.
5. Bertindak
Jika ingin melangkah maju, anda harus berani mengambil tindakan. Jika menunggu sampai anda mendapatkan keterangan, pemahaman yang sempurna, maka anda tidak pernah memulainya. Kumpulkan segenap keberanian yang ada, walaupun dengan konsekuensi keputusan anda tidak berjalan seperti yang anda kehendaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Klien Kecinta
Total Pageviews
Muat-turun Artikel
kecinta.blogspot.com